Sandakan, 30 Mac 2021: Yong Yit Jee meluangkan masa untuk mengunjungi Majlis Perbandaran Sandakan, Suruhanjaya Tenaga dan Sabah Electricity Sdn Bhd Cawangan Sandakan ketika dia pergi ke Sandakan untuk mengendali kes Mahkamah Tinggi.
Yit Jee, ahli majlis tertinggi SAPP merangkap peguam, berkata semasa lawatannya ke tiga organisasi utama, dia telah berkongsi beberapa masalah penghidupan. Dia berterima kasih kepada Jabatan-Jabatan tersebut kerana senang hati mendengar dan membuat beberapa pengaturan dalam menangani masalah tersebut. Peguam Yong berterima kasih kepada pengurus zon Sandakan SESB, En. Rahim Tahir, Pengarah Serantau Suruhanjaya Tenaga Kawasan Pantai Timur Negeri Sabah, En. Amir Faisal bin Khamsah dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Puan Faridah binti Giau, kerana meluangkan masa untuk bertemu walaupun sibuk dengan jadualnya. Yong juga berterima kasih kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjong Papat, En. Shaiful Bahari bin Muin dan bantuan pasukannya agar pertemuan berjalan lancar.
Peguam Yong optimis dan berharap agar kontraktor baru dapat menyelesaikan masalah sampah yang telah lama menimpa Sandakan.
“Oleh kerana pasaran beransur pulih, diharapkan supaya ekonomi Sandakan akan mengikutinya selepas masalah-masalah asas ini diselesaikan”, katanya.

