Skip to content

SAPP membantu mangsa Tanah Runtuh

Kota Kinabalu, 19hb Januari 2021: Sehubungan dengan  kejadian Runtuhan tanah di Signal Hill parti Maju Sabah tampil membantu 9 keluarga yang terkandas,

Bantuan berupa bakul makanan asas untuk meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat.

Tanah runtuh telah memutuskan jalan perhubungan dan menyukarkan mangsa untuk keluar membeli barangan keperluan

Encik Dexter Chin selaku ahli Majlis Tertinggi SAPP bersama-sama rakan dengan kerjasama UPPM Dun N.19 Likas menyatakan bahawa pada masa kini tidak banyak yang dapat dilakukan untuk memperbaiki jalan yang rosak kerana tanah masih dalam keadaan lecak. Namun demikian pihak JKR akan menutupi kawasan tanah runtuh dengan kanvas untuk mengurangi risiko kejadian tanah runtuh menjadi lebih teruk

Wakil ketua 9 keluarga yang terlibat menyatakan ribuan terima kasih kepada wakil Parti SAPP atas keprihatinan dalam membantu meringankan beban permasalahan mereka. Dexter Chin menyatakan, agar masyarakat diluar sana senantiasa berhati-hati dan sentiasa peka kepada keadaan semasa kerana dijangka keadaan cuaca hujan akan berlarutan beberapa hari lagi.