Skip to content

SAPP Laksana Sentuhan Kasih Bantu Golongan Sasar Di Likas

Kota Kinabalu, 20 Disember 2020 – Parti Maju Sabah (SAPP) telah memperuntukkan bantuan bakul makanan kepada 175 penerima dari kalangan penduduk Likas melalui peruntukan YB Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Ahli Dewan Undangan Negeri (Dilantik)

Menurut Dexter Chin, Ahli Majlis Tertinggi SAPP yang mengetuai pengagihan bantuan tersebut bagi mewakili Datuk Yong, bantuan tersebut diagihkan kepada golongan sasar yg terdiri dari warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) dengan kerjasama Unit Pemimpin & Pembangunan Masyarakat DUN N19 Likas.

Beliau menyarankan agar masyarakat dapat bekerjasama untuk mengadaptasi norma baharu dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa agar penularan Covid 19 ini dapat diputuskan segera dan membolehkan ekonomi setempat dapat dibangunkan semula.

“Saya merakamkan ucapan setinggi tinggi penghargaan kepada YB Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee kerana keperihatinan dan sumbangan peruntukan bagi melaksanakan program “Sentuhan Kasih”, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka yang amat memerlukan ketika ini,” ujar beliau.