Skip to content

Penyerahan bantuan Sentuhan Kasih ADUN dilantik

KOTA KINABALU, 19 Disember 2020: Beberapa keluarga telah mendapat manfaat daripada peruntukan Sentuhan Kasih ADUN dilantik YB Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.  Antara barangan yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan pejabat ADUN dilantik ialah Papan Lapis, Zink, Mesin Potong Rumput serta Bakul Makanan kepada yang memerlukan seperti orang tua tua,  Ibu Tunggal dan  Orang Kurang Upaya.

Bahan bahan untuk baik pulih rumah seperti Papan Lapis, beruti dan Zink juga diserahkan kepada mereka yang amat memerlukan kerana kedaifan serta rumah yang telah usang di Kampung Cenderamata I, Cenderamata II dan Kg Cempaka dalam kawasan DUN Darau.

Caption: Kelihatan dalam gambar Encik Dexter Chin, Encik Charles Gokin dan Puan Helen Baikan selaku wakil dari Pejabat ADUN dilantik.