Gee: RM86 Juta sepatutnya menggerakkan penumpang, bukan bas kosong
KOTA KINABALU, Selasa, 16 Jun 2026:
Kerajaan perlu memperkenalkan kelonggara untum rangka kerja BAS.MY, kerana struktur laluan sedia ada berisiko membelanjakan jutaan ringgit dana awam untuk menggerakkan bas kurang atau tiada penunpang di sekitar Kota Kinabalu.
Ketika pelaksanaan berterusan bas coaster bersaiz kecil masih berada dalam fasa pelaksanaan yang sedang berkembang, sistem ini wajar disesuaikan bagi membolehkan laluan penghubung (feeder) yang menghubungkan kawasan perumahan kepada perkhidmatan laluan utama berbentuk gelung (loop) yang dikendalikan oleh bas bersaiz lebih besar. Pendekatan ini dapat membantu mengurangkan pembaziran di samping memastikan pengangkutan awam disesuaikan dengan keadaan setempat.
Berdasarkan butiran yang baru didedahkan oleh Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir, kontrak BAS.MY memperuntukkan RM86.19 juta bagi membiayai 23.05 juta kilometer operasi bas dalam tempoh lima tahun pada kadar tetap RM3.74 bagi setiap kilometer, tanpa mengira jumlah penumpang.
Di bawah struktur sedemikian, pihak pengendali dibayar berdasarkan jarak perjalanan dan bukannya jumlah penumpang. Oleh itu, kelestarian kewangan mereka bergantung kepada pencapaian perbatuan yang dikontrakkan, bukannya usaha menarik dan membawa lebih ramai penumpang. Mereka tidak memilih untuk menjanlankan bas kosong, sebaliknya hanya mematuhi rangkaian laluan yang ditetapkan supaya tidak dikenakan penalti akibat penyimpangan laluan.
Di bawah rangka kerja yang memberi ganjaran kepada kilometer perjalanan dan bukannya jumlah penumpang, perancangan dan pemantapan laluan menjadi tanggungjawab kerajaan, bukannya pengendali.
Bas coaster yang diperkenalkan baru-baru ini menjadi platform yang sesuai untuk perkhidmatan penghubung. Saiznya yang lebih kecil lebih sesuai dengan jalan-jalan perumahan, lorong sempit dan kawasan komersial yang lebih padat, yang berada dinSabah, sekali gus membolehkan ia saling melengkapi, bukannya menduplikasi laluan utama.
Beberapa kelompok padat di sekitar Kota Kinabalu akan bermanfaat segera daripada perkhidmatan coaster penghubung ini. Di kawasan bandar yang matang seperti Luyang–Damai–Lintas, Tanjung Aru–Sembulan, dan Kepayan Ridge, serta kawasan campuran industri–kediaman Kolombong–BDC–Taman Khidmat, dan koridor pinggir bandar Inanam–Kiansom, kenderaan bersaiz lebih kecil ini amat sesuai untuk beroperasi dalam rangkaian perumahan yang padat, kawasan berbukit, dan zon komersial yang sesak, dengan menyediakan sambungan terus sebagai penghubung kepada laluan utama dan rangkaian gelung pusat.
#
Gee Tien Siong
Bekas PPM Luyang
Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP)

