Skip to content

SAPP Merakamkan Takziah atas Pemergian Allahyarham Datuk Seri Panglima (Dr.) Bung Moktar

Kota Kinabalu, Jumaat, 5 Disember 2025

SAPP merakamkan ucapan takziah yang setulus-tulusnya kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Panglima (Dr.) Bung Moktar Bin Radin atas pemergian beliau.

SAPP dan para ahli mengingati “Datuk Bung,” sebagaimana beliau dikenali dengan penuh mesra, sebagai seorang pejuang dan pemimpin yang berterus terang.

Pemergian Allahyarham Datuk Bung secara mengejut membawa suasana yang suram dalam landskap politik Sabah, pada ketika rakyat mengharapkan para pemimpin politik negeri untuk berdamai, berlapang dada dan bekerjasama demi membawa Sabah ke tahap kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi.

Keperibadian dan dedikasi Allahyarham Datuk Bung akan senantiasa dikenang. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Datuk Yong Teck Lee
Presiden SAPP