KOTA KINABALU, 6hb November 2021: Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) melalui suatu resolusi telah memutuskan sebulat suara bahawa pendaftaran pemilih berumur 18 tahun mestilah tidak secara automatik.
Parti itu menyokong Undi18, tetapi mahu pendaftaran dilakukan secara manual. Ini berikutan situasi di Sabah yang mana daftar pemilih telah diketahui tercemar dengan kehadiran pengundi hantu dan kewujudan kad pengenalan yang meragukan. Kehadiran pendatang tanpa izin yang ramai di Sabah juga merupakan faktor membimbangkan yang mana isu-isu mendesak perlu diselesaikan segera.
“Kami menyokong Undi18 untuk mengambil bahagian dalam sistem demokrasi tetapi kami tidak mahu kemungkinan proses demokrasi disalahgunakan,” kata Richard
Pendaftaran automatik Undi18 belum siap untuk Sabah selagi isu pengundi hantu, IC yang meragukan dan pendatang tanpa izin diselesaikan. Hak mengundi hendaklah dipertahankan bagi membolehkan rakyat mengundi Kerajaan pilihan mereka sendiri.
SAPP telah mendesak pengeluaran IC Sabah sebagai penyelesaian utama untuk menyelesaikan masalah Kad pengenalan yang meragukan, kerana IC Sabah hanya akan dikeluarkan kepada rakyat Malaysia tulen.
Kami mahu SPR memberi taklimat kepada parti-parti politik mengenai rancangan pelaksanaan mereka dan kaedah bagaimana menjalankan pendaftaran pengundi baharu sebelum mereka mula melaksanakannya.

