Kota Kinabalu, Ahad, 30 November 2025
SAPP menghormati dan menerima keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah yang diumumkan semalam.
Pengangkatan sumpah Ketua Menteri pagi ini telah meredakan segala kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya ketidakstabilan sekiranya wujud situasi Dewan Undangan Sabah tergantung.
SAPP mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Haji Hajiji Hj. Noor atas pelantikannya sebagai Ketua Menteri, dan kami mendoakan yang terbaik dalam usahanya memimpin Sabah ke arah sebuah negeri yang lebih progresif dan makmur. Tugas yang menanti beliau bukanlah mudah.
SAPP menyambut baik seruan Datuk Seri Hajiji agar semua parti menutup pertelingkahan politik selepas pilihan raya demi kebaikan Sabah secara keseluruhan
SAPP juga menyeru kepada semua pihak untuk bersatu sebagai rakyat Sabah dalam meneruskan perjuangan tegas dan berprinsip demi hak-hak negeri ini, khususnya tuntutan terhadap pulangan hasil bersih 40%, iaitu isu penting yang menjadi keutamaan rakyat.
Selain itu, terdapat juga tindakan undang-undang yang sedang berjalan bagi menuntut semula pelantar benua dan perairan wilayah Sabah.
Menentang Taktik Pecah dan Perintah
Dalam memperjuangkan hak Sabah, penyatuan rakyat Sabah adalah sangat penting. Kita mesti menolak segala bentuk taktik pecah dan perintah oleh mana-mana pihak luar yang berniat melemahkan kedudukan Sabah.
Rakyat sudah letih dengan politik yang tidak berkesudahan dan perbalahan yang tiada penghujung. Rakyat mahukan penyelesaian terhadap masalah mereka. Rakyat Sabah mahukan perpaduan.
Datuk Yong Teck Lee
Presiden SAPP

