Skip to content

Yong: Banjir Likas boleh dielak; Batalkan bunga api Hari Malaysia

Yong with senior officers who happened to be inspecting the Likas flood prevention gate and pumps this morning
a 1990 leaflet showing news report of 8 July 1990 of the Likas flood prevention gate and pumps nearing completion
5 feet difference in levels between the flood waters before (grown with weeds) and after the gate (facing Likas Bay) at 10 am this morning.
It means that the Likas Dah Yeh Villa flood last night was avoidable if the gate and pumps were working normally
Update for media information at 3 pm today Sunday, September 14.
The pumps have been partially restored and are now draining away the flood water
Update for media information at 3 pm today Sunday, September 14.
The pumps have been partially restored and are now draining away the flood water

Kota Kinabalu, Ahad, 14 September 2025:

Banjir yang melanda Likas Dah Yeh Villa dan kawasan sekitarnya malam tadi boleh dielak jika pintu kawalan banjir dan pam berfungsi dengan baik dengan bekalan elektrik yang mencukupi daripada Sabah Electricity.

Lawatan saya pagi ini ke tapak pintu kawalan banjir dan pam di Likas, yang didirikan pada akhir 1990-an, mengesahkan kedua-dua kemudahan tersebut tidak berfungsi seperti biasa, sebahagiannya berpunca daripada kekurangan bekalan elektrik ke pintu kawalan dan pam.

Saya menghargai kehadiran segera pegawai kanan dari kementerian dan jabatan berkaitan. Namun, pencegahan banjir di Likas melibatkan semua tiga faktor barikut:

  1. Membaiki segera serta menaiktarafkan pintu kawalan banjir dan pam air di Likas,
  2. Membatal sebarang cadangan penambakan di lagun Likas, ia direka dan diwartakan sebagai kolam mitigasi banjir pada 1980-an,
  3. Menghentikan sebarang aktiviti pemotongan bukit di Permatang Simpanan Likas kerana sebarang pemotongan di Permatang Likas sepanjang Jalan Tuaran pasti akan mengakibatkan aliran deras air hujan dari bukit ke kawasan perumahan.

Batalkan persembahan bunga api

Sebagai tanda timbang rasa terhadap mangsa banjir di seluruh Sabah, saya dengan tegas menyeru kerajaan agar BATALKAN persembahan persembahan bunga api pada Hari Malaysia yang dijangka berlaku lusa. Saya dapat bayangkan keadaan penduduk Kota Kinabalu, terutamanya mangsa banjir, yang terpaksa mendengar dentuman kuat bunga api yang ditonton oleh VIP ketika mereka masih berusaha pulih daripada banjir semalam.

Sudah terlalu banyak sambutan perayaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit, bermula dengan sambutan mewah ‘countdown’ Tahun Baru 2025. Penjimatan daripada pembatalan persembahan bunga api itu wajar disalurkan kepada mangsa banjir.

Yong Teck Lee
Presiden SAPP l
Penduduk Kota Kinabalu
Bekas ADUN Likas(1985 – 2000)
Bekas Ketua Menteri(Mei 1996 – Mei 1998)