Skip to content

Persekutuan “Tiada Duit” untuk soal hasil 40% Sabah, tetapi pemberian RM2.2b dan subsidi tol tanpa kelulusan Belanjawan

KOTA KINABALU, Jumaat, 25 Julai 2025:

Apabila isu hasil 40% Sabah dibangkitkan, jawapan kerajaan persekutuan kekal tidak berubah: tiada duit. Namun ia baru sahaja mengumumkan pemberian RM2.2 bilion sebanyak RM100 bagi setiap warga dewasa di seluruh negara, memintas proses belanjawan parlimen. Ratusan juta subsidi tol jalan raya turut diperuntukkan untuk lebuhraya di Semenanjung.

Hanya kira-kira RM0.2 bilion daripada itu akan sampai ke Sabah, berdasarkan jumlah warga dewasa yang layak di sini.

Manakala, Hak hasil 40% Sabah yang sepatutnya dikembali kepada kerajaan Sabah berjumlah sekurang-kurangnya RM3 bilion setahun daripada hasil cukai bersih.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam telah mengutip hampir RM8 bilion daripada Sabah setiap tahun, ia belum termasuk apa yang disumbangkan oleh Petronas, bank, syarikat tersenarai dan syarikat perladangan yang beroperasi di Sabah tetapi dikenakan cukai di Kuala Lumpur atau negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Pada 1970-an dan 1980-an, Yayasan Sabah menyalurkan “duit balak” terus kepada rakyat, selalunya dalam jumlah melebihi RM100 apabila diselaraskan untuk nilai M$ yang lebih kukuh pada era itu.

Hak 40% hasil Sabah berdasarkan hasil yang dikutip dalam Sabah, tidak memerlukan satu sen pun daripada tabung kerajaan persekutuan sendiri.

Kekayaan Sabah sentiasa cukup untuk memartabatkan rakyatnya, jika 40% hasil dikembalikan dan diuruskan dalam negeri sendiri.

Chin Vui Kai
Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP).