Menuntut agar Perjanjian Malaysia 1963 dihormati bukan sesuatu yang lapuk—ia satu keperluan. Masa depan yang adil tidak boleh dibina dengan menafikan ketidakadilan masa lalu.
Ini bukan soal menyalahkan sesiapa. Ia tentang pertanggungjawaban. Dalam politik persekutuan, Sabah telah mengalami ketidakadilan struktur selama beberapa dekad — bukan kerana kekurangan perpaduan atau visi, tetapi kerana sistem politik persekutuan yang ada sentiasa mengabaikan hak dan sumber kita. Kekayaan minyak kita, kuasa imigresen kita, serta autonomi yang dijanjikan — semuanya bukan isu emosi semata-mata. Ia adalah hak perlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Mengabaikan fakta-fakta ini bermakna menghapuskan berdekad lamanya perjuangan oleh pemimpin, komuniti, dan masyarakat sivil kita yang sentiasa memperjuangkan hak yang memang milik kita di bawah MA63.
“Sabah untuk Rakyat Sabah” bukan bermaksud pengecualian, tetapi tentang penentuan nasib sendiri. Ia mengenai rakyat Sabah yang membentuk masa depan mereka sendiri tanpa tunduk kepada Malaya.
Rakyat Sabah mesti diperkasakan oleh kebenaran dan sejarah. Kita hanya akan bangkit apabila tidak lagi hanya diarah-arah untuk “kelangsungan hidup” dan mula dilayan sebagai rakan kongsi yang setara dalam Persekutuan ini.
Kemajuan sejati menuntut kedua-dua pertanggungjawaban dan visi — bukan dengan mengutamakan salah satu dan mengabaikan yang lain.
Pendekatan yang paling berkesan ialah Kerajaan Persekutuan melaksanakan, mengiktiraf, dan menerima Sabah serta Sarawak sebagai “negeri autonomi,” sekaligus melaksanakan autonomi secara efektif untuk kedua-dua negeri tersebut.
Yvonne Yong
Ketua Mudanita SAPP
012 – 8020000

