Skip to content

Yong: Laporan RCI Batu Puteh memberikan pengajaran bernilai buat Sabah

Untuk muat turun RCI report yang penuh , sila tekan SINI

Kota Kinabalu, Rabu, 18 Disember 2024

Laporan RCI mengenai Batu Puteh wajib dibaca oleh menteri dan pegawai kerajaan Sabah kerana laporan itu mengukuhkan pandangan saya sebelum ini bahawa kerajaan Sabah tidak boleh menyerahkan urusan antarabangsa dan pertahanan luar srpenuhnya kepada kerajaan persekutuan sahaja. Kerajaan Sabah bertanggungjawab demi negara dan Sabah untuk memastikan bahawa Kerajaan Persekutuan dilengkapi dengan input dan fakta daripada Sabah untuk memaksimumkan perlindungan dan kedaulatan kita.

Kerajaan Negeri Johor tidak dilibatkan

Di muka surat 140 dan 141, RCI menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah melibatkan Kerajaan Negeri Johor dalam Permohonan Semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Permohonan Tafsiran terhadap keputusan (mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan).

Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menghentikan permohonan (rayuan) juga tidak melibatkan Kerajaan Negeri Johor.

RCI mengulas bahawa keputusan tidak meneruskan (rayuan) menyebabkan Johor kehilangan peluang untuk mendapatkan semula wilayahnya (Pulau Batu Puteh).

RCI menyatakan bahawa Peguam Negara Persekutuan ketika itu hanya memaklumkan Sultan Johor mengenai keputusan untuk penamatan permohonan kepada ICJ.

Nampaknya, Peguam Negara Persekutuan tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri Johor, disebabkan oleh klausa “rahsia rasmi”.

RCI menegaskan bahawa ini (tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri Johor) menyebabkan kerajaan Johor tidak dapat mengambil sebarang tindakan, memberikan maklum balas dan pandangan, dan membantu dalam memantapkan permohonan (dan rayuan) kepada ICJ.

Kekurangan tanggungjawab dan akauntabiliti

Laporan RCI sebanyak 238 muka surat memberikan pengajaran yang sangat berkaitan dengan kerajaan Sabah kerana RCI menunjukkan beberapa kelemahan dalam pentadbiran kerajaan, kekurangan koordinasi antara Kementerian utama kerajaan, Jabatan Peguam Negara dan pakar undang-undang maritim. Bukankah kemungkinan kelemahan yang sama juga wujud dalam pentadbiran kerajaan Sabah?

Membaca laporan RCI itu, boleh mengingatkan kerajaan Sabah tentang pentingnya Kerajaan melalui Kabinet dan pentingnya mempunyai penjawat awam yang berkaliber supaya dapat memberikan nasihat berkualiti tinggi kepada Kabinet.

RCI menyuarakan tentang kekurangan tanggungjawab dan akauntabiliti di peringkat tertinggi perkhidmatan awam (muka surat 178, 179 dan lain-lain).

Sangat menakutkan apabila memikirkan kelemahan yang wujud dalam pentadbiran kerajaan kita, boleh menyebabkan kerugian yang tidak dapat dibaiki kepada negara, seperti dalam kes ini, kehilangan wilayah berdaulat.

Datuk Yong Teck Lee
Bekas Ketua Menteri
Presiden, SAPP