
KOTA KINABALU, Khamis, 26 September 2024:
Kim Teck Cheong (KTC), sebuah syarikat milik rakyat Sabah, telah memberikan sumbangan sebanyak 60 karton lampin pakai buang untuk membantu keluarga yang memerlukan di seluruh negeri.
Sumbangan ini, terdiri daripada 50 karton untuk kanak-kanak dan 10 karton untuk dewasa, diserahkan kepada Mudanita Parti Maju Sabah (SAPP) yang diketuai oleh Yvonne Yong Yit Phung, dan akan diedarkan melalui rangkaiannya.
Yvonne melahirkan rasa terima kasih yang mendalam, bagi pihak semua penerima bantuan, kepada KTC atas ikhsan dan komitmen mereka untuk menyokong rakyat Sabah.
“Kami amat berterima kasih atas kemurahan hati KTC. Kami berharap tindakan baik ini akan memberi inspirasi kepada syarikat Sabah yang lain untuk mengikutinya pada tahun-tahun akan datang,” katanya.
Yvonne Yong
Ketua Mudanita SAPP

