Skip to content

Yong: Kebergantungan Menteri Persekutuan pada data usang mencetuskan kebimbangan

KOTA KINABALU, Ahad, 7 April 2024

Amat mengejutkan apabila Menteri Ekonomi Persekutuan Rafizi Ramli telah bergantung kepada data usang yang outdated dalam tugasnya kerana ia bermakna kerajaan telah membuat keputusan, membuat perancangan dan membelanjakan wang untuk program ekonomi yang terkebelakang sehingga tiga tahun.

Hakikat bahawa Kementerian Persekutuan bergantung kepada data usang yang outdated mengenai kadar kemiskinan di Sabah dalam ucapan di Parlimen didedahkan oleh Ketua Menteri Sabah dalam media hari ini.

Menteri Persekutuan yang sama ini telah memberitahu orang ramai untuk mendaftar dan membuat pengisytiharan diri dalam pangkalan data PADU, membayangkan bahawa kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan rakyat tidak akan menerima bantuan daripada Kerajaan.

Pendedahan ini menimbulkan persoalan tentang ketepatan pelbagai set data lain yang digunakan oleh Kementerian Persekutuan, termasuk penunjuk kewangan, statistik buruh, kadar pengangguran, angka inflasi dan pengiraan KDNK.

Lebih-lebih lagi, penggunaan data usang manimbulkan keraguan kepada keupayaan Kerajaan Persekutuan untuk memperuntukkan hak sah Sabah dengan tepat kepada 40% daripada hasil cukai bersih yang diperoleh daripada negeri. Ini menimbulkan persoalan tentang data yang sedang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk pengiraan ini.

Episod terbaru Kementerian Persekutuan menggunakan data usang dalam tugasnya, menjejaskan keyakinan rakyat Sabah terhadap keupayaan Kerajaan Persekutuan untuk membantu membangunkan Sabah.

Datuk Yong Teck Lee
Presiden, SAPP