Skip to content

Pendedahan laporan penuh ‘Double Six’ dinantikan rakyat

Pengumuman Perdana menteri 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pendedahan Laporan Akhir nahas pesawat “Double Six” pada tahun 1976, yang akan dikeluarkan oleh kementerian Pengangkutan pada minggu depan, adalah satu pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan rakyat Sabah jelas presiden NGO Sunduvan Sabah Encik Aloysius Danim Siap.
Berasal daripada Kampung Pogunon Penampang, isu Double 6 merupakan satu isu yang amat dekat dihati Aloysius. Penduduk setempat Penampang tidak ada yang tidak kenal Mendiang Datuk Peter Mojuntin ujarnya.
Justeru itu pada tahun 2015 beliau menubuhkan NGO Sunduvan Sabah dan berikrar tidak akan berehat sehingga kerajaan Australia mengeluarkan penemuan rasmi nahas pesawat 6 Jun 1976 yang mengorbankan lima anggota Kabinet Sabah.
Ia adalah susulan daripada maklumat yang diperolehi bahawa laporan akhir nahas kapal terbang nomad GAF Nomad 9M-ATZ 6.6.1976 itu dirahsiakan atas permintaan kerajaan Malaysia.
Perkara seperti ini menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi terhadap isu Double 6, samaada positif mahupun negatif di kalangan rakyat Sabah. Justeru itu Sunduvan Sabah tampil kedepan berjuang untuk menampilkan kebenaran dan menjernihkan keadaan.
Saban tahun tanpa gagal Sunduvan Sabah akan menganjurkan upacara meletakkan kalungan bunga bagi mengenang mereka yang terkorban dalam nahas pesawat pada 6 Jun lalu di Taman Monumen Double Six, Sembulan.
Aloysius juga menyatakan pada peringkat awal pendedahan isu double Six sunduvan pernah dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan berhubung dengan siri perhimpunan yang telah dianjurkan oleh Ngo Sunduvan. Ini adalah antara halangan dan cabaran yang kami hadapi jelas beliau.
Penghargaan juga harus diberikan kepada Presiden Sapp Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee yang telah banyak membantu sunduvan. Sebagai adun dilantik beliau telah membawa membawa usul Double Six ini di dewan Undangan Negeri Sabah.
Terima kasih juga kepada PM kita Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman tersebut.
Bagi Sunduvan ini adalah satu permulaan kepada episode baru isu Double Six. Kami akan senantiasa menantikan laporan tersebut jelas aloysius.