KOTA KINABALU, 13 Jun 2022: Pergerakan Wanita Muda (Mudanita) Parti Maju Sabah (SAPP) sedang bersiap sedia untuk menjadi sebahagian daripada jentera pilihan raya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang yang boleh berlaku pada bila-bila masa.
Ketuanya, Sherine Chong Tze Fuong, berkata pergerakan Mudanita itu akan aktif membantu, menyelaras dengan parti untuk membina hubungan yang lebih erat di kalangan ahli.
“Kami menyertai program Kem EVO anjuran Pemuda dan didedahkan kepada sejarah sebenar Sabah, termasuk hak kami yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), tragedi Double-Six, isu ekonomi dan politik dahulu dan sekarang,” kata Chong.

“Ahli Mudanita kini bersedia untuk berkongsi dan membawa kebenaran, pengetahuan dan kesedaran kepada lebih ramai orang, terutamanya wanita muda, yang tidak mengetahui peristiwa lalu yang berlaku di Sabah yang menandakan nasib dan mengubah demografi politik yang membawa kepada keadaan sekarang.
Beliau berkata adalah penting bagi pengundi wanita muda untuk membuat persediaan menghadapi isu sosial, ekonomi dan politik, kerana ia adalah antara tonggak yang membentuk masyarakat dan negara yang sihat.
Sherine berkata sayap Mudanita juga akan berkoordinasi dengan Pergerakan Pemuda SAPP di Kem EVO Pantai Timur yang akan diadakan pada 24-26 Jun di Sandakan.
Beliau mengalu-alukan wanita muda untuk tampil ke hadapan untuk mengambil bahagian dalam program ini, mendapatkan pandangan tentang landskap semasa dan latihan pembangunan diri dan motivasi.
Disediakan oleh Sherine Chong Tze Fuong
Ketua Mudanita SAPP

