Kota Kinabalu, 15 Mei 2022
KOTA KINABALU: Hari ini barlangsung Majlis sambutan Jelajah Promosi Sabah IC yang dikendalikan oleh Sorak Sabah dan Parti SAPP yang diketuai oleh Jamain Sarudin yang merupkan Ketua Pemuda SAPP dan Pengerusi SORAK Sabah di Dataran Deasoka Kota Kinabalu.
Program tersebut dihadiri oleh Pemimpin parti Politik daripada Parti STAR, SAPP dan Gerakan serta beberapa wakil NGO.
Turut hadir, Presiden Parti SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Edward Dagul Timbalan Presiden SAPP (Pengerusi Jelajah Promosi Sabah IC) Ardino Diris Bendahari STAR, Gee Tien Siong Naib Presiden SAPP, Tuan Feddrine Tuliang Naib Presiden STAR.
Yong dalam Kenyataan beliau berkata “cadangan Sabah IC telah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri dan Rang undang-undang Sabah IC enekmen 2022 telah siap. Kita akan usahakan supaya Rang Undang-undang Sabah IC enekmen 2022 akan dibentangkan didalam persidangan Dewan Undangan Negeri dalam tahun ini juga. Semoga Sabah IC ini menjadi reliti, untuk rakyat Sabah,” ujar beliau.
Jamain dalam kenyataannya menjelaskan pasukan beliau telah melakukan perjalanan jelajah Promosi Sabah IC yang meliputi kawasan Penampang, Papar, Beaufort, Nabawan, Keningau, Tenom, Tambunan, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kundasang, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu. Perjalanan sejauh 1,600 Kilometer ini Berakhir di Kota Kinabalu Pada Ahad. “Sambutan terhadap Promosi Sabah IC mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan Rakyat Sabah dan diharap agar ianya dapat dilaksanakan demi kebaikan rakyat Sabah” sambung beliau.
Turut memberi kenyataan sokongan terhadap Pelaksanaan Sabah IC daripada pemimpin Parti STAR, Ardino Diris dan Feddrin Tuliang.

