Kota Kinabalu, 28 April 2022
KOTA KINABALU: Kebocoran air bersih di ke dua-dua penyambung ke tangki simpanan air akhirnya diselesaikan dengan bantuan Parti Maju Sabah (SAPP), kata Peter Chong.
Chong, yang merupakan pengerusi Persatuan Kebajikan Kapitan Cina Sabah, berkata tangki air yang terletak berhampiran Tanah Perkuburan Cina Utara di Daerah Damai, rosak akibat batang pokok tumbang enam tahun lalu.
“Akibat batang pokok tumbang, injap apungan terjejas dan tidak berfungsi mengakibatkan air melimpah tanpa henti. Perkara itu masih tidak dapat diselesaikan selama lebih enam tahun sehingga baru-baru ini.
“Saya secara peribadi memberitahu (Datuk) Yee Moh Chai dan membawa Tan Lee Fatt melawat tempat itu, dan saya juga pergi ke Jabatan Air dan bercakap dengan pengarah, tidak kurang daripada 10 kali… Jawapan yang saya dapat ialah: ‘ Okay’, ‘Oh’, ‘kita uruskan’… tapi tidak ada tindakan, air terus mengalir selama 6 tahun. Dianggarkan sekurang-kurangnya RM2 juta air paip bersih telah hilang dengan sia-sia . Kerugian yang berat ini ditanggung oleh rakyat!,” kata Chong.
“Saya Merasa sangat kecewa apabila melihat perkara ini. Tangki-tangki ini terletak di sebelah tanah perkuburan datuk saya. Saya tidak boleh mengabaikannya. Lagipun, saya mengambil berat tentang perlindungan alam sekitar. Saya benar-benar sedih apabila melihat air bersih yang dialirkan dengan sia-sia” dia menambah.
Semasa melawat tanah perkuburan untuk memberi penghormatan pada perayaan QingMing, dan melihat bahawa masalah kebocoran air masih wujud, mendorong beliau untuk menghubungi Adun Dilantik Datuk Yong Teck Lee mengenai dilema ini.
“Saya menghantar mesej dan memberitahu “Lao Yong” (Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee) tentang perkara ini. Dia segera menugaskan Gee Tien Siong untuk menanganinya.
Chong, yang juga pengerusi Persatuan Cina Utara Sabah, gembira dengan Gee, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Luyang, di atas kerja yang dilakukan dengan baik serta dengan komitmen dan kecekapan menyelesaikan masalah itu dalam beberapa minggu.
Beliau berkata, mujur kita mempunyai “Lao Yong” (nama panggilan Datuk Yong) dan ahli SAPP, melalui daya tahan telah berjuang untuk rakyat selama beberapa dekad.
“Walaupun sudah berumur sedikit, saya masih prihatin dengan isu sosial dan kemajuan. Beliau menyeru semua pemimpin parti politik supaya lebih memberi perhatian kepada keperluan rakyat, bekerjasama untuk Sabah yang lebih baik dan makmur.
Sementara itu, Gee berkata beliau mula berkomunikasi dengan pelbagai agensi berkaitan pada 12 April, dan akhirnya telah mengeluarkan batang pokok yang tumbang itu dan injap apungan diganti dalam tempoh dua minggu.
Beliau berkata walaupun tanah perkuburan itu bukan dalam kawasan DUN Luyang, beliau akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah rakyat selagi termampu.

