Kota Kinabalu, 24 April 2022
KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi, merangkap Naib Ketua Pemuda (2) SAPP, menyampaikan sumbangan kepada Sk.Lok Yuk Likas yang mana Sumbangan ini akan digunakan untuk “Program Sumbangan kepada anak-anak fakir miskin” Sekolah Kebangsaan Lok Yuk Likas yang akan berlangsung pada 26 April ini.
Penyampaian Sumbangan itu berlangsung secara ringkas di Pejabat Guru Besar S.K Lok Yuk.
Chin ketika ditemui menitipkan pesan kepada masyarakat sekeliling agar sentiasa mendapatkan maklumat sahih yang terkini berkenaan SOP dan mematuhinya setiap masa.
“Apa yang menyedihkan bagi saya, terdapat 5 Keluarga budak sekolah yang kehilangan ibubapa akibat pandemik Covid 19”.
“Saya berharap, anda sentiasa menjaga diri dan keluarga. Kita belum menang, maka dengan itu diharap anda sentiasa menjaga kesihatan diri dan patuhilah SOP semasa,” ujar beliau.
Turut hadir, Charles Yong, juga salah seorang AMT Parti Maju Sabah (SAPP) merangkap Naib Ketua Pemuda (1).
Photo Caption: Dari kiri Charles Yong, kiri ke-2 Guru Besar Foo Nee Khen, Dexter (tengah) di hujung kanan ialah Guru yang menjaga kebajikan Puan Ustazah Azreen

