Skip to content

UPPM N21 Luyang membantu mangsa kebakaran di Kopungit

KOTA KINABALU, 25 Mac 2022: Sekitar jam 8 pagi tadi, kebakaran ini berlaku di Kopungit, Kota Kinabalu. MenurutPengerusi JPKK Kg. Kopungit, kebakaran ini telah melibatkan 10 buah unit rumah di mana 5 unit rumah daripadanya telah musnah dan tidak ada kemalangan jiwa di laporkan.

Selepas menerima berita tersebut, Naib Pengerusi Parti Maju Sabah merangkap Ketua Pemimpin Pembangunan Masyarakat Luyang, En. Gee Tien Siong mengetuai pasukan Luyang untuk membantu penempatan semula mangsa-mangsa bencana.

Gee Tien Siong memberitahu kepada pihak berkuasa untuk menggunakan dewan masyarakat Luyang sebagai tempat perlindungan mereka dan turut mengagihkan bantuan sentuhan kasih kepada 10 keluarga mangsa.

Gee sangat berterima kasih atas kerjasama yang diberikan daripada pihak Dewan Bandaraya dan ahli-ahli Bomba yang telah berjaya mengawal kebakaran tersebut.