KOTA KINABALU, 9 Mac 2022
Amat ganjil apabila Chan Foong Hin, seorang ahli jawatankuasa DAP negeri Sabah yang dilantik “melalui pintu belakang” selepas beberapa Adun DAP Sabah melompat keluar, begitu bimbang tentang nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Umum mengetahui MPN hanya berfungsi sebagai badan pemikir, untuk menilai pendapat profesional dan merumuskan penyelesaian serta cadangan untuk kerajaan. Selepas MPN berjaya membantu negara untuk membantu negara mengatasi pandemik covid, ia akan dibubarkan bila tiba masanya.
Perdana Menteri dan kabinetnya mempunyai kata putus muktamad samaada mahu meneruskan atau tidak mengenai cadangan terbaik oleh MPN. Apa yang pasti, sudah tentu mereka tidak perlu berunding dengan Chan sama sekali.
Jangan kita lupa semasa kerajaan Sabah mengumumkan semua kedai makan dibenarkan “dine In” pada Jun tahun lepas, ahli parlimen KK yang sama menyiarkan semula berita palsu dalam laman media sosialnya dan bertanya, “Siapa yang mempunyai hak mutlak, Ketua Menteri Sabah atau pegawai penguatkuasa undang-undang? ” hal ini jelas menampakkan Chan mengalami kekeliruan tentang kedaulatan undang-undang dan tambah parah Chan juga mengelirukan orang ramai.
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kedaulatan undang-undang. Maka itu mana-mana pemimpin yang mengabaikan kedaulatan undang-undang, akan ditolak oleh pengundi dalam pilihan raya.
Sementara itu, berikutan situasi sempadan Sabah yang luarbiasa, SOP untuk membuka sempadan mungkin perlu diubah suai dan diselaraskan seperti yang diperkatakan oleh jurucakap hal ehwal Covid Sabah Datuk Seri Masidi Manjun. Hal ini juga jelas MPN tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang dalam membuat polisi atau memberi arahan secara langsung.
Gee Tien Siong
Naib Presiden Parti Maju Sabah

