10 Januari 2022
KOTA KINABALU: Seratus orang Pelajar berumur bawah 18 tahun diberikan perkhidmatan gunting rambut secara percuma di Hairmix 33 Salon yang terletak di City Parade, Centre Point Sabah dari jam 10 pagi hingga 4 petang sepanjang program sehari itu.
Dexter Chin, Naib Ketua (2) Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, acara amal dan bermakna ini, “Gunting Rambut Percuma Balik-Ke-Sekolah” bertujuan membantu pelajar-pelajar ini mempersiapkan diri dengan lebih baik sempena pembukaan semula persekolahan pada Isnin.
“Sekurang-kurangnya pelajar dapat menikmati penampilan yang lebih segar untuk 2022 untuk Tahun Baharu Cina yang akan datang dan juga tanpa membebankan dompet ibu bapa mereka,” tambahnya.
Majlis tersebut dianjurkan bersama Pemuda SAPP Parlimen KK bersama Pemuda CLC Likas dan Api-Api.
Pemilik Hairmix 33 Salon, Hiew Nyuk Lin, berasa gembira dan berbesar hati dapat mengambil bahagian dalam acara ini.
“Memerhatikan wajah tersenyum pelajar-pelajar ini dengan gaya rambut kemas yang sesuai memberikan setiap seorang daripada kami, penggaya rambut Hairmix 33 Salon, satu tahap kepuasan yang tinggi,” kata Hiew. Beliau mengalu-alukan dan berharap lebih banyak program seumpamanya dapat diadakan pada masa akan datang.
Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Ketua (1) Pemuda SAPP Charles Yong, Ketua Mudanita SAPP Sherine Chong Dan Exco Pemuda Nelson Tang.

