Kota Kinabalu, 28 September 2021
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee menyampaikan penghargaan kepada Republik Rakyat China dan mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan kepada republik, rakyat dan pemerintah China.
Yong sendiri secara peribadi, dan mewakili partinya menghantar pesanan ringkas ini bersempena hari kebangsaan Republik itu yang akan disambut pada 1 Oktober depan.
Beliau berharap China dapat meneruskan peningkatannya secara damai di sebuah negara yang hebat dan menyumbang kepada kesihatan, kemakmuran, kebahagiaan dan kemajuan masyarakat di seluruh pelusuk dunia.
“Sebagai rakyat Malaysia, saya gembira dan bangga bahawa Malaysia adalah negara Asia Tenggara pertama yang mengiktiraf China baharu pada tahun 1974.
“Kebijaksanaan dan pandangan jauh pemimpin negara kita pada tahun 1974 telah terbukti tepat. Hasilnya, kita menyaksikan hubungan yang erat antara Malaysia dan China dan kita terus menikmati faedah hubungan persaudaraan yang erat antara Malaysia dan China.
“Saya yakin bahawa hubungan keemasan dan kukuh antara Malaysia dan China akan terus berkembang dan menjadi lebih utuh,” kata Yong

