Kota Kinabalu, Mei 2, 2021
Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) telah mengadakan Ziarah Kasih di Membakut dan akan diikuti oleh Lumadan. Menurut Ketua Pemuda SAPP, Jamain Sarudin, Ziarah Kasih ini merupakan aktiviti kemasyarakatan dengan menghulurkan sumbangan berupa bungkusan Hari Raya kepada golongan yang memerlukan antaranya Warga Emas, Ibu tunggal, Orang sakit, OKU dan Mualaf.
Ziarah Kasih Pemuda SAPP mendapat peruntukan khas Sentuhan Kasih ADUN DILANTIK YB Datuk Yong Teck Lee, selain sumbangan dari tabung Kebajikan Pemuda SAPP.
Jamain berkata, aktiviti ini diharapkan dapat memberikan sedikit keceriaan kepada mereka yang menerimanya. Apatah lagi Sabah sedang melalui Fasa PKPB. Melawat ke rumah warga emas misalnya, bertanya khabar sedikit sebanyak mengurangkan tekanan mereka dimana ada yang berjauhan dari anak-anak yang bekerja.
Beliau turut berharap pihak-pihak yang lain turut menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing dan tidak melupakan golongan ini.
180 bungkusan Hari Raya telah diedarkan dalam aktiviti ini yang turut mendapat kerjasama JPKK serta Pemimpin Masyarakat di Kampung yang berkenaan. 180 bungkusan Hari Raya berjaya di edarkan.
Turut serta dalam Ziarah Kasih ialah Clarence Oh Bendahari Pemuda, Azlan Iswadi, Oh Sing Siong Naib Pengerusi CLC dan Ben Besinter.

