Skip to content

Semua Ahli Parlimen perlu menyokong pemulihan hak Sabah dan Sarawak di dalam MA63

Pada tahun 1963, Malaysia dibentuk oleh Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura (sebelum pemisahan pada tahun 1965) sebagai rakan sekutu.

Pada 2 April 2021, ketika berada di Sarawak, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengelar Sarawak sebagai “wilayah” (“region”), membezakannya dari negeri-negeri lain di Malaysia. Secara efektif, ini bermakna Sabah juga disebut “wilayah”.

Ini adalah berita yang menggalakan bagi rakyat Sabah dan Sarawak kerana ini sekurang-kurangnya merupakan trend menaik dalam pengemblian status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu. Ini tidak harus dikelirukan dengan Wilayah Persekutuan seperti Labuan, yang bahkan bukan sebuah negeri.

PM telah mengatakan bahawa Majlis Khas MA63 akan mengumumkan keputusannya mengenai beberapa isu termasuk pindaan Perlembagaan Persekutuan dan masalah sosio-ekonomi mengenai Sabah dan Sarawak tidak lama lagi.

Saya berpendapat bahawa pelbagai pindaan perlu dibuat pada Perlembagaan Persekutuan, seperti definisi “Persekutuan” dalam Artikel 160 dengan menggantikan “Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957” menjadi “Perjanjian Malaysia 1963”. Ini supaya hak Sabah dan Sarawak di bawah MA63 akan diiktiraf sepenuhnya dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan majoriti 2/3 di parlimen. Saya berharap agar semua ahli parlimen, pembangkang atau pemerintah, untuk bersama-sama menyokong pindaan untuk mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah MA63, terutama jika mereka adalah iklhas dan tulen.

Saya berharap agar keputusan Kerajaan Persekutuan itu komprehensif dan akan mengembalikan semua hak Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963. Penuhi perjanjian 18 mata untuk Sarawak dan perjanjian 20 mata untuk Sabah. Rakyat Sabah dan Sarawak telah melalui banyak kesusahan.

Yong Yit Jee,
Peguam merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP)
Kota Kinabalu, 9 April 2021