Kota Kinabalu, 6hb April 2021: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee menyumbangkan 2 tangki air untuk masjid Nurul Aman di Kg Cenderamata II Likas hari ini yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan beliau.
Pengerusi Masjid Abdul Kadir Abu Bakar berkata, penduduk di perkampungan itu amat memerlukan tangki air baharu bagi menampung keperluan jemaah masjid dalam menunaikan sembahyang dan juga aktiviti keagamaan, apatah lagi masyarakat Islam akan menyambut Ramadhan dan Aidilfitri tidak lama lagi.
Abdul Kadir berkata tangki air juga diperlukan berikutan masalah bekalan air kerap terputus dan menyukarkan sebarang aktiviti keagamaan dijalankan di masjid berkenaan. Beliau kemudian mengadukan keperluan ini kepada Datuk Yong Teck Lee yang juga Adun Di Lantik.
“Datuk Yong tidak mengambil masa yang lama dan memberikan sumbangan yang benar-benar kami perlukan”, kata Kadir lagi dalam mengucapkan penghargaan beliau terhadap sumbangan tersebut bagi pihak penduduk kampung.
Datuk Yong merupakan bekas ahli dewan undangan negeri Likas selama 17 tahun (1985-2002) dan tidak asing lagi bagi penduduk di Kg cenderamata II yang mengikut sejarahnya diwujudkan oleh beliau semasa menjadi wakil rakyat di kawasan Likas.
Turut hadir dalam acara ringkas tersebut ialah Puan Rasni Hj Kassim (Ketua Kampung Cenderamata) Tuan Hj Matchin (AMT SAPP) dan Dexter Chin (AMT SAPP).
Oleh Media SAPP

