Skip to content

Yong berharap sistem e-PG bagi kesalahan kesalahan lalu lintas dapat dipercepatkan pelaksanaannya di Sabah

Kota Kinabalu, 3 Februari 2021: Yong Yit Jee, ahli Majlis Tertinggi SAPP yang juga seorang peguam, mengalu-alukan pengenalan sistem e-PG oleh Badan Kehakiman Malaysia. Badan kehakiman Malaysia telah memulakan projek perintis di Mahkamah Majistret Shah Alam di Selangor untuk menggunakan sistem e-PG bagi kes lalu lintas dari 2 Februari hingga 5 Februari. Ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan proses mereka yang mendapat saman lalu lintas melalui teknologi komunikasi jarak jauh.

Peguam Yong Yit Jee berpendapat bahawa platform baru ini bermanfaat bagi orang ramai memandangkan wabak Covid-19 ketika ini dan ianya dapat mengurangkan kesesakan di tempat berkenaan dengan berkesan. Yong juga memuji badan kehakiman kerana mengikuti perkembangan zaman dengan mempermudahkan prosedur mahkamah. Ini juga mengurangkan orang ramai dari pergi ke mahkamah untuk perbicaraan dengan mengizinkan orang yang melanggar peraturan lalu lintas membayar denda menggunakan peranti mudah alih. Ini seterusnya mengurangkan beban operasi mahkamah. Terdapat 43 kesalahan yang terlibat dalam sistem e-PG ini dan orang ramai boleh melayari www.kehakiman.gov.my untuk maklumat lanjutan.

Badan kehakiman Malaysia berharap sistem ini dapat diperluas ke seluruh Semenanjung Malaysia menjelang 1 April, dan di Sabah dan Sarawak pada bulan Jun, tahun ini. Apa yang meresahkan adalah bahawa ia tidak dapat dipastikan bilakah mahkamah di Sabah dan Sarawak akan melaksanakan sistem e-PG ini sepenuhnya. Yong berharap agar badan kehakiman Malaysia dapat berunding dengan Pertubuhan Undang-Undang Sabah dan melaksanakan inisiatif bermanfaat ini secepat mungkin.