SAPP menyambut baik lantikan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor

SAPP menyambut baik pengumuman bahawa Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, Pengerusi Perikatan Nasional Sabah, akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16.

Datuk Seri Haji Hajiji adalah pemimpin yang sangat dikenali, berpengalaman dalam pentadbiran dan diterima oleh semua  masyarakat. Dia mempunyai sifat kepimpinan yang diperlukan oleh rakyat Sabah dan untuk menyatukan pelbagai komuniti di Sabah.

Hubungan baiknya dengan Perdana Menteri dan pemimpin persekutuan yang lain akan sangat membantu menjalin hubungan kerja yang lebih berkesan antara kerajaan negeri Sabah dan persekutuan.

Rakyat Sabah baru saja memilih kerajaan baru melalui proses demokrasi dan sehaluan dengan kerajaan pusat, akan mengatasi cabaran sosial dan ekonomi di tengah-tengah wabak Covid-19.

Saya percaya bahawa di bawah kepimpinan Perikatan Nasional, rakyat Sabah akan melihat harapan baru dan masa depan yang lebih cerah.

Oleh Datuk Yong Teck Lee

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP)

Author: Johnny Chin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *