Yong: Sim Sim akan ditingkatkan jadi destinasi pelancongan

SANDAKAN, 19 September 2020: Calon Perikatan Nasional (PN) N56 Tanjong Papat, Yong Chie Man menyatakan keprihatinannya terhadap keselamatan penduduk yang tinggal di perkampungan air Sim Sim.

Penduduk di daerah itu menyampaikan kerisauan mereka mengenai keadaan tiang dan tapak rumah mereka yang mula dimamah usia dan terhakis kesan dari ombak.

Ken Yong berjanji kepada penduduk bahawa menjadi salah satu keutamaannya jika dia terpilih sebagai ADUN mereka untuk memperbaiki keadaan tiang, jambatan pejalan kaki, pencahayaan dan masalah kebersihan.

Persekitaran Sim Sim harus ditingkatkan untuk menjadi kondusif dan menarik sebagai destinasi pelancongan terutamanya restoran makanan laut yang terkenal.

Author: Johnny Chin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *