SAPP: Hormati agama lain untuk keharmonian dan masa depan yang lebih baik

Kota Kinabalu, 30 Ogos 2020: Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh harus menarik balik ucapannya mengenai Bible Kristian, kata Japiril Suhaimin.

Japiril, yang merupakan Timbalan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) merangkap Bendahari Agung mengatakan bahawa pemimpin tertinggi PAS harus menghentikan kenyataan yang sensitif oleh para pemimpinnya untuk mengelakkan polarisasi lebih lanjut antara kaum dan agama di negara ini.

“Berkali-kali, kita berhadapan dengan pemimpin yang bercakap tanpa memikirkan bahawa Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Setelah tinggal bersama di negara tercinta ini sejak Malaysia ditubuhkan, sangat menyedihkan bahawa bangsa dan agama masih dipolitikkan oleh pihak tertentu yang memudaratkan keharmonian masyarakat yang kita semua perlukan menhargainya.

“Jangan lupa bahawa anda adalah salah seorang penggubal dasar negara. Pentingkan pengekangan, kepekaan dan pertimbangan perasaan orang lain terutama dalam soal agama dan bangsa.

Cukup menyedihkan dengan apa yang kita lihat bahawa mereka yang terpilih dan diberi kepercayaan sepatutnya mempertahankan perlembagaan dan kesuciannya, telah melepaskan sistem dan prinsip yang seharusnya melindungi kita semua.

Islam adalah agama yang baik dan kita mengharapkan pemimpin PAS bijak, penyayang, bertimbang rasa dan bertoleransi.

Oleh Japiril Suhaimin

Timbalan Presiden / Ketua Bendahari SAPP

Kapsyen gambar:

1) Keharmonian agama – Hanya di Sabah, Pelantikkan Paderi Abel sebagai paderi di Gereja Katolik di Ranau yang disaksikan oleh ahli keluarganya yang beragama Islam

2) Ibu Japiril dengan tudung, menghadiri pengebumian abangnya.

Author: SAPP Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *