KOTA KINABALU, Mac 5, 2018: Gabungan Sabah melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke14 di sini pada Ahad, membayangkan komitmennya untuk menegakkan prinsip-prinsip penyertaan Sabah dalam pembentukan negara Malaysia.
Manifesto itu yang dilancarkan pengerusi Gabungan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor, bertujuan untuk mewujudkan Kerajaan Negeri berautonomi sepenuhnya dengan mentadbir program dan dasar teras di Sabah untuk kemakmuran rakyat.
Antara perkara utamanya adalah autonomi penuh untuk Sabah seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963, Laporan IGC dan 20 Perkara, satu persekutuan dengan dua sistem, reformasi tanah dan hak adat dan bumiputera (NCR), reformasi sosial, mengembalikan Labuan kepada Sabah dan menyelesaikan tuntutan Filipina ke atas Sabah.
Gabungan Sabah dianggotai Parti Solidariti Tanahairku (Star), Parti Progressive Sabah (SAPP), Harapan Rakyat dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).
Presiden Star Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata adalah penting untuk rakyat tahu lebih lanjut tentang hak-hak Sabah kerana “hampir 90 peratus daripada hak kita masih belum terlaksana.”
“Hak-hak kita dalam Perlembagaan Persekutuan – walaupun bukan semuanya, tetapi ada beberapa perkara dalam Perlembagaan yang harus kita sedari dan tuntut, jika tidak, kita yang rugi.
“Hak-hak ini tidak dilaksanakan kerana mereka takut kita akan menjadi autonomi dan tidak lagi bergantung kepada Malaya.
“Hak politik kita juga dibcrikan kepada orang luar… ia bukan lagi di tangan kita tetapi di tangan Umno,M katanya dalam konvensyen kebangsaan Gabungan Sabah, di sini, pada Ahad.
Jeffrey juga mendakwa bahawa kerajaan sering menggunakan taktik menakut-nakutkan terhadap rakyat.
“Malaya menggunakan Filipina dan Indonesia sebagai ‘senjata’ untuk menakutkan kita. Apa yang kita dapat dari hal ini? Kita rugi dari segi kewangan, politik dan keselamatan, antara lain. Kita tidak seharusnya hidup dalam kerugian. Penyelesaiannya – kita harus menuntut hak kita dengan memenangi pilihan raya akan datang.”
Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee berkata tidak ada alasan bagi Barisan Nasional (BN) untuk tidak menyelesaikan isu berkaitan hak-hak Sabah.
Memetik tuntutan Filipina ke atas Filipina, Yong berkata, tuntutan sedemikian adalah satu tindakan terdesak.
Bagaimanapun, beliau berkata BN terpaksa menggunakan tuntutan itu sebagai sebahagian daripada taktik menakut-nakutkannya.
Harian ekspres: Ricardo Unto (05/03/2018)