Skip to content

Walkabout Gabungan Sabah sempena Tahun Baru Cina

4595-1447818044
KOTA KINABALU, Februari 4, 2018; Gabungan Sabah mengadakan Walkabout sempena Tahun Baru Cina di Gaya Street pagi tadi.
 
Antara yang menyertai program Hari ini menemui peniaga Dan pengunjung Tamu Mingguan Gaya Street ialah Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden SAPP ditemani oleh  Datin Seri Stella Yong, Puan Melanie Chia, Timbalan Presiden SAPP, Datuk Richard Yong Setiausaha Agung SAPP, Chong Pit Fah Ketua Penerangan SAPP, Aloysius Danim Siap, Naib Presiden SAPP, Patrick Sadom Naib Presiden Harapan Rakyat, Saudara Abdin Darus Setiausaha Agung Harapan Rakyat, ahli Majlis Tertinggi, EXCO Pemuda Dan Wanita serta ahli Jawatankuasa Perhubungan Kawasan. 
 
Datuk Seri Yong dan isteri serta kenamaan yang hadir beramah mesra menemui Peniaga Dan pengunjung selama hampir 2 jam serta mengagihkan kalender Tahun Baru yang turut memaparkan 15 Teras Perjuangan GS. Aktiviti ini akan diteruskan ke beberapa kawasan seperti Segama, Lido, Foh Sang Dan lain-lain lagi sehingga 14 Februari ini menurut Puan Melanie Chia yang juga mantan wakil rakyat Luyang. Acara seperti ini telah dilakukan setiap tahun Dan menjadikannya salah satu jadual wajib sejak 24 tahun lamanya. #DemiSabah