{"id":2569,"date":"2025-08-06T18:30:00","date_gmt":"2025-08-06T10:30:00","guid":{"rendered":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/?p=2569"},"modified":"2025-09-02T17:31:52","modified_gmt":"2025-09-02T09:31:52","slug":"yong-peraturan-cukai-baharu-ke-atas-persatuan-harus-dibatalkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/2025\/08\/06\/yong-peraturan-cukai-baharu-ke-atas-persatuan-harus-dibatalkan\/","title":{"rendered":"Yong: Peraturan Cukai Baharu ke atas Persatuan Harus Dibatalkan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kota Kinabalu, Rabu, 6 Ogos 2025<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan digesa membatalkan pelaksanaan peraturan cukai baharu ke atas aktiviti pengumpulan dana oleh pertubuhan dan persatuan masyarakat. Dana yang dikumpul oleh badan-badan ini amat diperlukan untuk menampung operasi dan perkhidmatan yang mereka sediakan kepada masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peraturan baharu ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan dan kepayahan, malah turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin masyarakat dan komuniti secara umum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Practice Note 1\/2025, yang dikeluarkan pada 24 Mac oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, telah memperluaskan definisi terhadap orang kena cukai kepada &#8220;Badan Orang&#8221; yang merangkumi persatuan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya menyokong penuh pandangan Tan Sri T.C. Goh, Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (HuaZhong), yang menyatakan bahawa cukai ini akan menjadi beban kepada lebih 10,000 NGO yang aktif di seluruh negara. Lebihan dana daripada aktiviti pengumpulan dana bukanlah untuk keuntungan, tetapi digunakan bagi membiayai program komuniti jangka panjang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Ketidakpatuhan mendedahkan pemimpin komuniti kepada pertuduhan jenayah<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang membimbangkan, ketidakpatuhan terhadap peraturan ini walaupun tidak disengajakan boleh menyebabkan pemimpin persatuan dikenakan tindakan jenayah kerana dianggap mengelak cukai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Realitinya, kebanyakan persatuan tidak mampu membayar perkhidmatan profesional seperti akauntan, juruaudit atau perancang cukai. Pemimpin persatuan lazimnya adalah individu yang tidak berkepentingan peribadi dan sanggup berkorban masa serta wang sendiri demi khidmat sosial dan kebajikan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih memburukkan keadaan, usaha mengumpul dana komuniti pada masa kini sudah pun menjadi sangat mencabar. Pemimpin masyarakat terpaksa merayu kepada penaja yang selalunya merupakan ahli perniagaan biasa, individu yang kini turut terbeban dengan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan), e-invois bagi setiap transaksi dan duti setem ke atas kontrak pekerjaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Meskipun kerajaan sering memberikan gambaran yang optimistik, realiti sebenar yang dialami di peringkat akar umbi ialah suasana perniagaan yang suram dan membebankan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Menteri, Sila Lakukan Sesuatu<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya menyeru agar para wakil rakyat dan menteri, yang sering menerima layanan VIP dalam majlis anjuran persatuan komuniti, agar bersuara dan bertindak segera sebelum lebih banyak kerosakan menimpa pertubuhan komuniti dan kebajikan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Datuk Yong Teck Lee<br>mantan Ketua Menteri Sabah<br>Presiden, Parti Maju Sabah (SAPP)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kota Kinabalu, Rabu, 6 Ogos 2025 Kerajaan digesa membatalkan pelaksanaan peraturan cukai baharu ke atas aktiviti pengumpulan dana oleh pertubuhan dan persatuan masyarakat. Dana yang dikumpul oleh badan-badan ini amat diperlukan untuk menampung operasi dan perkhidmatan yang mereka sediakan kepada masyarakat. Peraturan baharu ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan dan kepayahan, malah turut mencetuskan kebimbangan dalam&hellip;&nbsp;<a href=\"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/2025\/08\/06\/yong-peraturan-cukai-baharu-ke-atas-persatuan-harus-dibatalkan\/\" rel=\"bookmark\">Read More &raquo;<span class=\"screen-reader-text\">Yong: Peraturan Cukai Baharu ke atas Persatuan Harus Dibatalkan<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2570,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"neve_meta_sidebar":"","neve_meta_container":"","neve_meta_enable_content_width":"","neve_meta_content_width":0,"neve_meta_title_alignment":"","neve_meta_author_avatar":"","neve_post_elements_order":"","neve_meta_disable_header":"","neve_meta_disable_footer":"","neve_meta_disable_title":"","_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2569","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kenyataan-akhbar"],"cc_featured_image_caption":{"caption_text":"Yong menunjuk pada Practice Note 1\/2025 di laman web LHDN","source_text":"","source_url":""},"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/4\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-08-06-at-4.34.15-PM.jpeg","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2569","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2569"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2569\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2571,"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2569\/revisions\/2571"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2570"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2569"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2569"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2569"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}