{"id":2555,"date":"2025-07-10T18:30:00","date_gmt":"2025-07-10T10:30:00","guid":{"rendered":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/?p=2555"},"modified":"2025-09-02T17:16:57","modified_gmt":"2025-09-02T09:16:57","slug":"tindakan-undang-undang-dimulakan-terhadap-dap-dan-media-propagandanya-roketkini-com-kerana-menyebarkan-imej-palsu-pencerobohan-sulu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/2025\/07\/10\/tindakan-undang-undang-dimulakan-terhadap-dap-dan-media-propagandanya-roketkini-com-kerana-menyebarkan-imej-palsu-pencerobohan-sulu\/","title":{"rendered":"Tindakan Undang-Undang Dimulakan Terhadap DAP dan Media Propagandanya Roketkini.com Kerana Menyebarkan Imej Palsu Pencerobohan Sulu"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"2560\" height=\"1920\" src=\"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/4\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-07-10-at-3.44.20-PM.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2556\" srcset=\"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/4\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-07-10-at-3.44.20-PM.jpeg 2560w, https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/4\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-07-10-at-3.44.20-PM-1500x1125.jpeg 1500w, https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/4\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-07-10-at-3.44.20-PM-768x576.jpeg 768w, https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/4\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-07-10-at-3.44.20-PM-1536x1152.jpeg 1536w, https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/4\/2025\/09\/WhatsApp-Image-2025-07-10-at-3.44.20-PM-2048x1536.jpeg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Khamis, 10 Julai 2025, Kota Kinabalu<\/p>\n\n\n\n<p>Tiga rakyat Sabah, iaitu mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee; penyelidik sejarah, Stephan Bin Gaimin; dan seorang aktivis, Asraf Amir, telah memfailkan saman berprofil tinggi terhadap parti DAP dan media propagandanya, Roketkini.com, kerana menerbitkan imej mengelirukan yang secara salah mengaitkan pencerobohan Sulu dengan insiden di Lahad Datu.<\/p>\n\n\n\n<p>Inti kepada kes ini berkisar pada satu imej salah yang diterbitkan di laman web Roketkini.com, sebuah laman yang diwujudkan oleh DAP untuk menyebarkan agenda politiknya. Imej tersebut telah dilabel secara tidak tepat sebagai menggambarkan pencerobohan Sulu 2013 di Sabah, dan kemudiannya digunapakai dalam buku Kedaulatan Negara Harga Mati: Pencerobohan Sulu dan Dampaknya kepada Keselamatan Pantai Timur Sabah, yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS).<\/p>\n\n\n\n<p>Pihak plaintif berhujah bahawa imej tersebut sebenarnya menggambarkan satu konflik bersenjata yang berasingan di Filipina dan tidak berkaitan dengan Pencerobohan Sulu 2013 Lahad Datu. Imej yang menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjata lengkap, dipimpin oleh seorang komander dan kesemuanya berpakaian ala tentera serta membawa senjata, telah memberikan gambaran yang salah dan jauh lebih menakutkan berbanding insiden sebenar pencerobohan Sulu di Tanduo pada tahun 2013. Imej yang salah itu telah menimbulkan ketakutan dalam kalangan rakyat Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p><em>Tindakan Bagi Memohon Perintah Terhadap MCMC dan Roketkini.com<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Pada awal tahun ini, pihak plaintif telah menulis kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dan juga telah mengemukakan aduan melalui portal rasmi dalam talian (SOP) suruhanjaya tersebut. Namun, sehingga kini, tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MCMC. Oleh itu, tindakan undang-undang ini juga bertujuan untuk mendapatkan perintah mahkamah bahawa MCMC mengarahkan DAP dan Roketkini.com supaya menurunkan imej yang salah tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Imej yang mengelirukan ini telah menimbulkan kebimbangan dan kekeliruan, terutamanya dalam kalangan rakyat Sabah. Penerbitan imej tersebut di Roketkini.com turut mendorong organisasi lain seperti UMS untuk menggunakan imej yang salah itu, sekali gus memburukkan lagi keadaan panik dan sensitiviti awam. Penyebaran berita yang salah mengenai isu sensitif seperti pencerobohan Sulu 2013 bukan sahaja menjejaskan integriti sumber maklumat, malah turut mencetuskan ketakutan dan kebimbangan yang tidak perlu dalam kalangan masyarakat,&#8221; kata Stephan Gaimin, seorang ahli sejarah dan penyelidik.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam satu kenyataan, plaintif Asraf Amir, anak jati Tungku, Lahad Datu, dan Stephan Gaimin menegaskan bahawa tindakan undang-undang mereka bukan semata-mata untuk membetulkan fakta, tetapi juga bagi menjamin integriti maklumat awam, terutamanya apabila maklumat yang salah itu telah diterbitkan di laman web parti pemerintah Malaysia dan parti kepada seorang anggota Kabinet Negeri Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Penggunaan gambar ini telah memberikan tanggapan yang salah seolah-olah wujud satu pasukan bersenjata besar yang diketuai oleh komander terlatih akan menyerang Lahad Datu, dan perkara ini secara langsung telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Sabah,&#8221; tambah Asraf Amir.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai respons, pihak plaintif memohon suatu injunksi supaya Roketkini.com menurunkan kandungan yang mengelirukan tersebut demi menghalang sebarang kerosakan lanjut, serta menerbitkan permohonan maaf secara terbuka di laman webnya sendiri. Pihak plaintif juga memohon remedi terhadap parti DAP bagi mengarah Roketkini.com menurunkan kandungan yang mengelirukan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kes ini juga mencabar sama ada penerbitan tersebut telah melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKes ini menyerlahkan keperluan mendesak terhadap kebertanggungjawaban dalam era digital, di mana maklumat palsu boleh merebak luas seperti api liar yang tidak terkawal dan membawa kesan yang amat dahsyat,\u201d tambah plaintif Datuk Yong Teck Lee.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami tidak akan berdiam diri apabila naratif yang tidak benar digunakan untuk mengelirukan dan memanipulasi masyarakat. Penyebaran maklumat yang salah tidak boleh dipandang ringan, dan kami bertekad untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan yang sewajarnya.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Dikeluarkan oleh:<\/p>\n\n\n\n<p>Stephan Gaimin<br>Asraf Amir<br>Datuk Yong Teck Lee<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Khamis, 10 Julai 2025, Kota Kinabalu Tiga rakyat Sabah, iaitu mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee; penyelidik sejarah, Stephan Bin Gaimin; dan seorang aktivis, Asraf Amir, telah memfailkan saman berprofil tinggi terhadap parti DAP dan media propagandanya, Roketkini.com, kerana menerbitkan imej mengelirukan yang secara salah mengaitkan pencerobohan Sulu dengan insiden di&hellip;&nbsp;<a href=\"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/2025\/07\/10\/tindakan-undang-undang-dimulakan-terhadap-dap-dan-media-propagandanya-roketkini-com-kerana-menyebarkan-imej-palsu-pencerobohan-sulu\/\" rel=\"bookmark\">Read More &raquo;<span class=\"screen-reader-text\">Tindakan Undang-Undang Dimulakan Terhadap DAP dan Media Propagandanya Roketkini.com Kerana Menyebarkan Imej Palsu Pencerobohan Sulu<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2252,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"neve_meta_sidebar":"","neve_meta_container":"","neve_meta_enable_content_width":"","neve_meta_content_width":0,"neve_meta_title_alignment":"","neve_meta_author_avatar":"","neve_post_elements_order":"","neve_meta_disable_header":"","neve_meta_disable_footer":"","neve_meta_disable_title":"","_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2555","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kenyataan-akhbar"],"cc_featured_image_caption":{"caption_text":"","source_text":"","source_url":""},"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-content\/uploads\/sites\/4\/2023\/03\/DSP-YTL-e1678416239795.jpeg","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2555","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2555"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2555\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2557,"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2555\/revisions\/2557"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2252"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2555"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2555"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sapp.org.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2555"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}