Yong : Kerajaan perlu menentang tuntutan Filipina keatas Sabah

KOTA KINABALU
Rabu, 31 Januari 2018
The territory of the Philippines is defined as the territory contained within the boundaries of the Treaty of Paris 1898 signed after the Spanish-American War. North Borneo was clearly shown as outside the Philippines territory in that treaty.
International Court of Justice issuance for Sipadan / Ligitan Island

 

Dalam laporan media di Malaysia dan Filipina, bahawa kerajaan Fiipina dalam meminda perlembagaannya merancang untuk menambah Sabah sebagai “negeri ke-13 Filipina tidak boleh dipandang ringan kerana percubaan oleh personaliti senior di Filipina memberikan legitimasi/pengesahan yang berbahaya terhadap tuntutan  Filipina /Sulu keatas Sabah.

Percubaan tersebut ( untuk menuntut Sabah) tidak akan berjaya tetapi usaha berterusan mereka untuk menuntut Sabah akan menggalakkan dan mengukuhkan elemen subversif di sempadan Sabah untuk menjejaskan Sabah dan meningkatkan tentangan dikalangan pendatang tanpa izin terhadap ESSCOM.

Ia juga menyebabkan kebimbangan dikalangan rakyat Malaysia.

Pengabaian kerajaan persekutuan untuk menentang propaganda Filipina yang membuat tuntutan tidak berasas terhadap Sabah mengembalikan kepercayaan teori lama bahawa pihak berkuasa persekutuan memilih untuk menghidupkan isu tuntutan Sabah untuk menakutkan rakyat Sabah mengenai ancaman yang datang dari Filipina dan oleh itu, Sabah memerlukan perlindungan perseutuan.

Jika andaian ini benar, Malaysia melakukan kecuaian andai memikirkan bahawa kerana kita lebih suka menyembunyikan isu itu, 100 jura rakyat Filipina sudah melupakan tuntutan mereka terhadap Sabah.

Sudah terlalu lama tertangguh dan kerajaan Persekutuan dan Sabah harus melancarkan kemen besar-besaran dan berterusan menentang tuntutan Filipina keatas Sabah menggunakan saluran rasmi, kumpulan rakyat, ahli-ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta media tempatan dan antarabangsa.

Paling penting, kita semua harus meyakinkan kumpulan berpengaruh di Fi;ipina, yang percaya Filipina harus mengugurkan tuntutan terhadap Sabah  kerana tuntutan itu tidak bertujuan lain kecuali menjadi duri dalam daging  dan angan-angan untuk berkepentingan sendiri penuntut daripada kesultanan sulu yang tidak lagi wujud , yang ingin memeras wang daripada Malaysia.

Kajian 3 tahun oleh kumpulan pemikir yang disebut PIPPA ( Institut Progresif Analisis Dasar Awam) diketuai ahli akademik Hj Amde Sidik, termasuk lawatan ke Brunei mengesahkan bahawa Sabah ( Borneo Utara) tidak pernah diberikan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu.

Kisah lama menyebut Brunei memberikan Borneo Utara kepada Sulu sebagai balasan kepada bantuan Sulu bagi menumpaskan pemberontakan di Brunei pada abad ke-17.

Tetapi tidak terdapat rekod sejarah yang menunjukkan bahawa Brunei memberikan Borneo Utara kepada Sulu. Sebaliknya sejarah menerangkan bahawa Brunei , kadangkana dengan bantuan pasukan China, telah menghalang usaha Sulu untuk memasuki Borneo Utara, seperti di Kinabatangan.

Brunei enggan menyerahkan Borneo Utara ke Sulu kerana  kerana pasukan Sulu tidak mengambil bahagian dalam perang saudara di Brunei. Sejarah menyaatakan pasukan sulu ditempatkan di sebuah pulau. Mereka hanya datang ke Brunei selepas perang tamat yang dimenangi Sultan Brunei. Pasukan Sulu yang cuba menuntut Borneo Utara diusir oleh Brunei.

Oleh itu, tuntutan Sulu keatas Sabah hanya tertumpu kepada perjanjian Overbeck - Sulu pada 22 Januari 1878.

Tapi perjanjian yang lebih tinggi bertarikh 29 Disember 1877 menunjukkan bahawa Brunei pernah menyerahkan Borneo Utara kepada Gustavis Baron de Overbeck. Hanya kerana Overbeck mahu mengambil jalan selamat, dia kemudian menandatangani perjanjian lain dengan  Sulu sebagai cara untuk mengelak sebarang masalah pada masa depan dengan pihak penuntut.

Sejarah menunjukkan bahawa Brunei terus memerintah Borneo Utara seperti memberikan pajakan dan mengutip cukai sehingga 29 Disember 1877 apabila Brunei menyerahkan Borneo Utara kepada Overbeck.

Sebaliknya tiada rekod Sulu memerintah Sabah.

Pemerintahan berikutnya kepada Sabah diserahkan kepada British North Borneo Chatered Company, pendudukan Jepun dan Pentadbiran Tentera British ( selepas perang dunia ke-2).

Sabah kemudian menjadi tanah jajahan British. Akhirnya, pada 31 Ogos 1963, Sabah mencapai taraf pemerintahan sendiri sebelum pembentukan  Malaysia pada 16 september 1963 yang di iktiraf Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa. 

Sehari sebelumnya, PBBt elah menerima laporan misi mencari fakta kepada setiausaha agung PBB untuk memastikan hasrat rakyat Borneo Utara dan Sarawak mengenai pembentkan Malaysia.

Filipina melakukan percubaan terakhir untuk mendapatkan Sabah  pada tahun 2001 apabila negara itu memfailkan campurtanga dalam kes Pulau Sipadan/Ligitan yang di bawa ke Mahkamah Antarabangsa antara indonesia dan Malaysia pada tahun 1998.

Secara ringkas, permintaan Filipina di tolak atas dua alasan iaitu “ tiada kepentingan bersifat undang-undang” dan semua dokumen lain yang di sampaikan Filipina kepada ICJ tidak satupun daripadanya amenunjukkan kepentingan bersifat undang-undang.

Seorang hakim dalam kes itu menyatakan bahawa  - Penerbitan sejarah,,,tidak boleh mngatasi undang-undang atas hak-hak orang yang tidak memerintah untuk menuntut kemerdekaan dan kedaulatan melalui pemerintahan sendiri.

Hakim selanjutnya menyatakan - Memandangkan amalan yang jelas rakyat Borneo Utara untuk menentukan nasib sendiri, ia tidak penting samada Filipina mendakwa terbitan bersejarah diterima atau tidak. Undang-undang moden tidak mengiktiraf kedaulatan berdasarkan terbitan bersejarah selepas penentuan nasib sendiri, yang dijalankan  mengikut undang-undang antarabangsa.

Kempen untuk menentang  tuntutan Filipina terhadap Sabah harus memberi tumpuan kepada fakta  bahawa Sulu tidak pernah memperoleh Sabah bari Brunei pada abad ke-17.

Perjanjian Overbeck - Brunei [ada tahun 1877 adalah lebih penting daripada perjanjian Overbeck-Sulu pada 1878, perjanjian  Overbeck-Sulu tidak diperlukan, dan dalam apa keadaan  undang-undang anatabangsa dan pengiktirafan oleh PBB dan penghakiman CIJ 2011 yang menolak campurtangan Filipina dalam kes Sipadan?Ligitan secara konklusif dan tanpa keraguan menolak sebarang dasar tuntutan Filipina /Sulu keatas Sabah.

Harus ditegaskan bahawa wilayah Filipina ditakrifkan sebagai wilayah yang terkandung dalam sempadan Perjanjian Paris yang ditandatangani antara Sepanyol dan Amerika sepelas perang kedua negara. 

Dalam perjanjian berkenaan Borneo Utara jelas ditunjukkan diluar wilayah Filipina.

Malaysia tidak seharusnya memberikan harapan palsu kepada Filipina dan penuntut persendirian yang lain dengan menawarkan pampasan ratusan juta dolar. Kita juga harus menolak idea untuk membawa tuntutan Sabah ke ICJ kerana tidak ada isu  undang-undang yang akan ditentukan.

Apa yang perlu dilakukan untuk Sabah ialah kempen besar-besaran dan berterusan menentang tuntutan Filipina/Sulukeatas Sabah.