Terkini

Lawatan di Tenom sempena Tahun Baru Cina

TENOM, Februari 11, 2018: Gabungan Sabah bagi kawasan Melalap, Tenom mengadakan lawatan menemui pekedai dan pengunjung di Pasar dan kedai sekitar Pekan Tenom sempena Tahun Baru Cina. En. Jimmy Jawatah Pengerusi CLC Melalap selaku penyelaras GS Melalap mengetuai rombongan. Team GS seramai 30 Turut serta mengedarkan Kalender CNY turut disertai antaranya Jamain Sarudin Ketua Pemuda SAPP/GEMA, Timbalan Ketua Bahagian Parti Harapan Rakyat Tenom En Yahya Raimah, sementara Maximus Ketua Pemuda Star Keningau mewakili STAR.

Lawatan Gabungan Sabah ke Penampang ...Hebat!

Sambutan hebat, hangat dan memberi seribu erti, semoga GS terus mekar dihati pengundi. Mengetuai perjalanan hari ini mengedarkan kalendar dan 15 teras perjuangan GS ialah Aloysius Danim, Pengerusi GS Penampang yg juga Pengerusi SAPP Moyog, bersama Chong Pit Fah Pengerusi SAPP Kepayan, Ketua Bahagian Harapan Rakyat Penampang Datuk Sevastian dan Ketua Bahagian Moyog/AMT STAR Bernard Solibun turut turun padang.

Sambutan luarbiasa jelajah Gabungan Sabah di Inanam

KOTA KINABALU,  8 Feb 2018 : Gabungan Sabah pada lawatan sempena Tahun Baru Cina di pekan dan pasar Inanam menyatakan bahawa kebanyakan rungutan dari rakyat tempatan ialah mengenai dengan pelaksanaan GST dimana telah banyak membebankan rakyat terutama sekali orang kampung dan pekerja yang berpendapatan rendah akibat sara hidup yang semakin meningkat.

Keperluan dan perbelanjaan harian mereka telah berkurangan secara mendadak untuk mengelakkan perbelanjaan melebihi pendapatan.