Terkini

PERHIMPUNAN DI LUYANG PERLU PERHATIAN SERIOUS: SAPP

KOTA KINABALU Bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee, berkata perhimpunan melibatkan warga asing di Pusat Komuniti Luyang matam Ahad lepas dan mengejutkan pihak berkuasa perlu diambil perhatian serius.

Yong yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, warga asing terbabit datang dari Kudat, Ranau, Keningau dan daerah-daerah lain di Sabah.

"Semasa saya memandu melintasi Pusat Komuniti Luyang pada jam 7:30 matam (Ahad), saya nampak orang ramai terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak,"katanya datam satu kenyataan, di sini, Isnin.

Yong: mengkhususkan mesin slot untuk pengharaman adalah melulu dan menimbulkan syak wasangka

Kota Kinabalu, Rabu September 18, 2019: Cadangan pengharaman semua mesin slot berlesen di kelab-kelab berdaftar, tanpa terlebih dahulu mengambilkira strategi keseluruhan untuk menangani ancaman semua bentuk perjudian  di Sabah merupakan satu tindakan melulu, kerana pengharaman  tersebut hanya akan menyediakan hamparan subur untuk operator mesin slot haram  berkembang maju.

SPRM digesa untuk menyiasat unsur-unsur rasuah kes tanah Borneo Samudera

KOTA KINABALU, Oktober 2, 2018: SPRM telah didesak untuk menyiasat dengan teliti kes melibatkan Borneo Samudera Sdn Bhd (BSSB) dan ahli-ahli skim pekebun kelapa sawit Bagahak di Lahad Datu.

Datu Shuaib Mutalib, seorang aktivis politik, berkata beliau telah menerima banyak pertanyaan daripada orang yang terlibat dalam skim pekebun kecil yang bertanya, apakah status tuntutan mereka sekarang.

Kabinet Persekutuan baru berpusat Malaya

KOTA KINABALU, 21 Mei 2018: Kabinet Persekutuan yang baharu dilantik adalah “berpusat Malaya”, kata bekas Ketua Menteri Datuk Seri Yong Teck Lee.

“Penjelasan yang diberikan oleh Kuala Lumpur ialah bahawa Sabah dan Sarawak akan diambil kira dalam kumpulan kedua Menteri-Menteri.

“Apa yang dimaksudkan dalam perkara ini ialah Malaysia akan membentuk Kabinet terlebih dahulu. Borneo boleh turut serta kemudian.

Parti pembangkang Semenanjung tidak minat perjuangkan hak Sabah

KOTA KINABALU, April 19, 2018: Parti pembangkang dari Semenanjung dan rakan sekutu tempatan hanya memberi tumpuan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak ikhlas untuk memperjuangkan hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Melanie Chia berkata kenyataan DAP dan pemimpin parti pembangkang dari Semenanjung baru-baru ini menunjukkan mereka hanya akan memperjuangkan hak rakyat Sabah sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan.

Klip video: Yong buat laporan polis

KOTA KINABALU, April 12, 2018: Bekas Ketua Menteri Datuk Yong Teck Lee membuat laporan polis berhubung klip video 16 saat yang menyerangnya dengan bahasa kesat dan penipuan.

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Video yang menjadi tular di media social termasuk Facebook mengandungi visual Yong bercakap dalam dialek Hakka pada satu majlis tetapi suaranya telah ditukar dengan suara seorang.lelaki bercakap kesat mengenai dirinya.

Gabungan Sabah lancar manifesto PRU-14

KOTA KINABALU, Mac 5, 2018: Gabungan Sabah melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke14 di sini pada Ahad, membayangkan komitmennya untuk menegakkan prinsip-prinsip penyertaan Sabah dalam pembentukan negara Malaysia.

Manifesto itu yang dilancarkan pengerusi Gabungan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor, bertujuan untuk mewujudkan Kerajaan Negeri berautonomi sepenuhnya dengan mentadbir program dan dasar teras di Sabah untuk kemakmuran rakyat.

Yong: Masa depan Sabah cerah

KOTA KINABALU, Februari 15, 2018: Masa depan Sabah cerah kerana ia diberkati dengan masyarakat yang harmoni, warisan sejarah yang betul dalam Komanwel dan Asia yang makmur, kata Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee.

Dalam utusan Tahun Baru 2018, Yong berkata rakyat Sabah kini berasa teruja tentang pilhan raya umum akan datang, iaitu satu masa yang mereka boleh menjangkakan perubahan politik berlaku.

"Dalam beberapa dekad lepas, Malaysia telah menyaksikan penurunan dominasi parti tunggal. Ini adalah satu perkara yang baik untuk demokrasi Malaysia.

Halaman-halaman