Black Sunday Reunion - "Selamatkan Sabah"

BLACK SUNDAY REUNION "SELAMATKAN SABAH" "SAVE SABAH"

KOTA KINABALU, April 15, 2018: Kumpulan NGO Sorak Sabah telah mengadakan sebuah perhimpunan Black Sunday – Reunion Selamatkan Sabah pada Ahad di Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Pengerusi penganjur Stephan Gaimin menyatakan objektif reunion pada hari ini adalah untuk mengimbas kembali perjuangan orang muda dan masyarakat di Sabah melalui Black Sunday, secara ringkas Black Sunday adalah wadah menyuarakan permasalahan di Sabah dan menyedarkan para pejuang-pejuang Sabahan bahawa masanya telah tiba untuk menyelamatkan Sabah dan menentukan siapa yang bakal menerajui kerajaan akan datang dan memastikan hak Sabah di hormati.

“Jika suatu ketika dahulu nenek moyang kita telah berjuang dengan cara mengangkat senjata untuk menghalau kedudukan penjajahan tentera Jepun di negara Sabah di dalam perang dunia ke-2. Namun pada hari ini kita sangat bersyukur kerana kita tidak perlu mengangkat sebarang senjata bagi mempejuangkan hak kita, cukup hanya dengan kita gunakan jari menulis tanda pangkah pada kertas undi kita boleh membuat perubahan kepada negara Sabah tanah tumpahnya darahku.”

Kita harus ingat, tiap kali himpunan Black Sunday diadakan adalah untuk kebaikan rakyat Sabah. Kita mengetengahkan isu-isu seperti RCI, Borneonisasi dan sebagainya. Tapi apa yang berlaku kerajaan persekutuan tidak pernah memandang serius kepada permasalahan Sabah. Paling menyedihkan pemimpin kerajaan sabah “ibarat kerbau dicucuk hidung” hanya menjadi boneka kepada parti Malaya. Apa yang kita dapat hanyalah janji-janji kosong dan wayang kulit. Mahukah kita ditipu dan dibuyuk berkali-kali, tegas Stephan.

Satu lagi contoh, kelihatan dalam manifesto Barisan Nasional menyatakan hak-hak Sabah & Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 akan direalisasikan secara konsensus, ini adalah kenyataan yang gila tidak boleh diterima akal. Seolah-olah memperbodohkan seluruh rakyat sabah.

Lihat sahaja, Persempadanan semula DUN Sabah telah diluluskan dan diwartakan tapi tidak dibentangkan di Parlimen. Tidak mustahil mereka pemimpin Malaya juga akan mengulangi semula perbuatan mereka.

Oleh itu Stephan Gaimin menyeru kepada semua lapisan masyarakat yang layak, untuk turun mengundi pada pilihanraya kali ini demi menentukan masa depan dan hak kita dapat di suarakan pada kali ini dan bukan hanya mendengar retorik politik yang tidak akan tercapai jika kerajaan kali ini tidak di ganti, masa depan anak Sabah akan menjadi lebih teruk, ayuh mari kita bersolidariti menyokong parti politik tempatan terutamanya Gabungan Sabah dan menolak parti-parti politik daripada Malaya. 

Turut hadir ialah Jamain Sarudin Pengerusi Gabungan Muda Sabah (GEMA) menyatakan bahawa anak muda Sabah hendaklah peka dengan keadaan semasa dimana hala tuju mereka sudah dipermainkan oleh regim Malaya.

Apatah lagi Sabah terus dihimpit dengan kemudahan di luar bandar, prasarana dan jalan perhubungan masih jauh ketinggalan berbeza dengan kekayaan hasil bumi milik Sabah yang sepatutnya dinikamti oleh rakyat Sabah sendiri.

Ketidak adilan ini menyebabkan Sabah tercorot dari segi pembangunan.

Beliau menyeru agar anak-anak muda Sabah berani membuat perubahan demi masa depan mereka, tambah Jamain.