Terkini

Kabinet Persekutuan baru berpusat Malaya

KOTA KINABALU, 21 Mei 2018: Kabinet Persekutuan yang baharu dilantik adalah “berpusat Malaya”, kata bekas Ketua Menteri Datuk Seri Yong Teck Lee.

“Penjelasan yang diberikan oleh Kuala Lumpur ialah bahawa Sabah dan Sarawak akan diambil kira dalam kumpulan kedua Menteri-Menteri.

“Apa yang dimaksudkan dalam perkara ini ialah Malaysia akan membentuk Kabinet terlebih dahulu. Borneo boleh turut serta kemudian.

Parti pembangkang Semenanjung tidak minat perjuangkan hak Sabah

KOTA KINABALU, April 19, 2018: Parti pembangkang dari Semenanjung dan rakan sekutu tempatan hanya memberi tumpuan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak ikhlas untuk memperjuangkan hak Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Melanie Chia berkata kenyataan DAP dan pemimpin parti pembangkang dari Semenanjung baru-baru ini menunjukkan mereka hanya akan memperjuangkan hak rakyat Sabah sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan.

Klip video: Yong buat laporan polis

KOTA KINABALU, April 12, 2018: Bekas Ketua Menteri Datuk Yong Teck Lee membuat laporan polis berhubung klip video 16 saat yang menyerangnya dengan bahasa kesat dan penipuan.

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Video yang menjadi tular di media social termasuk Facebook mengandungi visual Yong bercakap dalam dialek Hakka pada satu majlis tetapi suaranya telah ditukar dengan suara seorang.lelaki bercakap kesat mengenai dirinya.

Gabungan Sabah lancar manifesto PRU-14

KOTA KINABALU, Mac 5, 2018: Gabungan Sabah melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum ke14 di sini pada Ahad, membayangkan komitmennya untuk menegakkan prinsip-prinsip penyertaan Sabah dalam pembentukan negara Malaysia.

Manifesto itu yang dilancarkan pengerusi Gabungan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor, bertujuan untuk mewujudkan Kerajaan Negeri berautonomi sepenuhnya dengan mentadbir program dan dasar teras di Sabah untuk kemakmuran rakyat.

Yong: Masa depan Sabah cerah

KOTA KINABALU, Februari 15, 2018: Masa depan Sabah cerah kerana ia diberkati dengan masyarakat yang harmoni, warisan sejarah yang betul dalam Komanwel dan Asia yang makmur, kata Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee.

Dalam utusan Tahun Baru 2018, Yong berkata rakyat Sabah kini berasa teruja tentang pilhan raya umum akan datang, iaitu satu masa yang mereka boleh menjangkakan perubahan politik berlaku.

"Dalam beberapa dekad lepas, Malaysia telah menyaksikan penurunan dominasi parti tunggal. Ini adalah satu perkara yang baik untuk demokrasi Malaysia.

Lawatan di Tenom sempena Tahun Baru Cina

TENOM, Februari 11, 2018: Gabungan Sabah bagi kawasan Melalap, Tenom mengadakan lawatan menemui pekedai dan pengunjung di Pasar dan kedai sekitar Pekan Tenom sempena Tahun Baru Cina. En. Jimmy Jawatah Pengerusi CLC Melalap selaku penyelaras GS Melalap mengetuai rombongan. Team GS seramai 30 Turut serta mengedarkan Kalender CNY turut disertai antaranya Jamain Sarudin Ketua Pemuda SAPP/GEMA, Timbalan Ketua Bahagian Parti Harapan Rakyat Tenom En Yahya Raimah, sementara Maximus Ketua Pemuda Star Keningau mewakili STAR.

Lawatan Gabungan Sabah ke Penampang ...Hebat!

Sambutan hebat, hangat dan memberi seribu erti, semoga GS terus mekar dihati pengundi. Mengetuai perjalanan hari ini mengedarkan kalendar dan 15 teras perjuangan GS ialah Aloysius Danim, Pengerusi GS Penampang yg juga Pengerusi SAPP Moyog, bersama Chong Pit Fah Pengerusi SAPP Kepayan, Ketua Bahagian Harapan Rakyat Penampang Datuk Sevastian dan Ketua Bahagian Moyog/AMT STAR Bernard Solibun turut turun padang.

Sambutan luarbiasa jelajah Gabungan Sabah di Inanam

KOTA KINABALU,  8 Feb 2018 : Gabungan Sabah pada lawatan sempena Tahun Baru Cina di pekan dan pasar Inanam menyatakan bahawa kebanyakan rungutan dari rakyat tempatan ialah mengenai dengan pelaksanaan GST dimana telah banyak membebankan rakyat terutama sekali orang kampung dan pekerja yang berpendapatan rendah akibat sara hidup yang semakin meningkat.

Keperluan dan perbelanjaan harian mereka telah berkurangan secara mendadak untuk mengelakkan perbelanjaan melebihi pendapatan.