Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Dec 11 - SAPP: Sistem perparitan Putatan akan diutamakan

Sistem perparitan Putatan akan diutamakan

KOTA KINABALU, December 11, 2012: Dalam siri majlis "Bangunlah Untuk Sabah" anjuran SAPP CLG N.17 Tanjung Aru yang diadakan pada llhb December, 2011 di Taman Bersatu Putatan, telah dihadiri oleh pemimpin pemimpin tertinggi SAPP termasuk Presiden Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Datuk Hj, Mohd. Noor Mansoor selaku penasihat Parti, Timbalan-timbalan Presiden Tuan Hj. Amde Sidik dan YB Datuk Liew Teck Chan, Datuk Richard Yong We Kong, Pengerusi SAPP CLC N.17 Tg. Aru merangkap Setiausaha Agung Parti dan Ahli ahli Majlis Tertinggi Parti.

Lebih kurang 300 orang dari masyarakat tempatan turut sama memeriahkan majlis tersebut. Adegan adegan vedio di tayangkan untuk memberi maklumat bersabit dengan masalah masalah yang dihadapi rakyat disekitar kawasan tersebut khasnya dan diseluruh Sabah amnya.

Dalam ucapannya dimajlis ini, Datuk Richard Yong We Kong, selaku Pengerusi SAPP CLC N.17 Tg. Aru, menegaskan bahawa dalam penjelajahan beliau dikawasan N.17 ini, masih terlalu banyak masalah masalah dan aduan aduan rakyat yang tidak di endahkan oleh pihak Kerajaan sekarang. Masalah sampah sarap yang tidak dikutip berminggu lamanya, sistem perparitan dan saliran, walaupun ada yang baru dibina, tetapi terbiar tanpa pengendalian telah menyebabkan banjir disana sini dan juga menyebabkan air kumbahan najis terkeluar ditengah tengah bandar. Kawasan perumahan dengan semak samun yang tidak pernah dibersihkan menggalakan pembiakan nyamuk, tikus, ular yang mengancam keselamatan dan kesihatan rakyat secara menyeluruh.

Beliau melahirkan rasa kesalnya terhadap Wakil Wakil Rakyat dikawasan ini yang hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan apa yang diharapkan oleh rakyat. Beliau meminta supaya kita orang Sabah bersatu dan bangun kearah perubahan dan memberi sokongan kepada Parti tempatan yang tulin -SAPP. Sokongan ini adalah untuk memastikan masa depan anak cucu kita terjamin.

Presiden SAPP, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, dalam ucapan nya dimajlis itu, menyeru supaya rakyat bersatu padu kalau mahu melihat UMNO/BN tumbang di Sabah.

Beliau menyentuh tentang Reformasi tanah SAPP dan Borneonisasi yang selama 49 tahun telah diceroboh dan hilang dari pengiktirafan 20 perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963.

"Kita tidak perlu dikongkong dan tidak perlu tunduk kapada Kuala Lumpur seperti pemimpin pemimpin UMN0/BN Sabah sekarang. Kita tidak perlu takut, tidak perlu bersembunyi dan tidak perlu lari, kerana Sabah adalah negeri kita dan kita hanya mahu menuntut hak mutlak kita.

SAPP punya pemimpin yang berwibawa, jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah. Mereka sanggup mengorbankan kesenangan dan kemewahan, keluar dari bersekongkol dengan BN lebih empat tahun lalu dan untuk apa? Untuk mempertahankan otonomi, hak dan maruah rakyat dan Negara Sabah.

"Kalau ditakdirkan SAPP menubuh Kerajaan baru diSabah, SAPP akan memastikan tanah tanah rakyat yang diceroboh dan dirampas akan dikembalikan kapada rakyat Sabah. SAPP akan mengeluarkan kad pengenalan Sabah (IC SABAH) untuk memastikan hak orang tulin Sabah dipertahankan. Kita tidak rela melihat hak rakyat tulin Sabah diceroboh dan dirampas oleh pendatang pendatang haram yang diberi IC/Mykad oleh pihak atasan Kuala Lumpur yang juga diberi keistemewaan mengundi. Ini adalah perbuatan yang mengancam keselamatan orang Sabah," tambah beliau.

Gambar: Seorang penduduk Taman Bersatu menyampaikan aduan berkenaan masalah masalah di kawasan Taman itu kepada Datuk Yong Teck Lee.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party