Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Nov 29 - SAPP: Polis sepatutnya beri amaran kepada suspek orang asing

Polis sepatutnya beri amaran kepada suspek orang asing

KOTA KINABALU, November 29, 2012: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee berkata pihak polis sepatutnya memberi amaran kepada orang asing agar tidak menyakiti rakyat tempatan dan bukannya mengancam rakyat Sabah dengan denda besar dan hukuman penjara kerana menyalurkan informasi mengenai kes pembunuhan Norikoh di internet.

Beliau mengulas amaran daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamzah Taib yang disiarkan akhbar pada hari ini.

Teck Lee berkata, Hamzah telah memberi amaran kepada rakyat Sabah agar tidak menyebarkan informasi mengenai pembunuhan gadis tempatan berusia 16 tahun yang mayatnya dibuang dan dijumpai di tepi jalan di Kota Marudu pada Ahad lalu.

Menurut Teck Lee, Hamzah juga berkata bahawa tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia boleh dikenakan terhadap mereka yang menyebarkan informasi mengenai kes itu di internet.

Beliau menambah, Hamzah turut menyatakan bahawa khabar angin itu boleh menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

"Ancaman sebenar terhadap keselamatan negara ialah kehadiran pendatang asing tanpa izin dan jenayah yang dilakukan oleh orang asing seperti sindiket dadah," kata Teck Lee.

Katanya, hanya tindakan tegas dan jitu daripada pihak berkuasa untuk membawa pesalah ke muka pengadilan akan meredakan kemarahan rakyat tempatan yang melihat hak mereka dilenyek, tanah dirampas dan maruah disakiti.

Beliau berkata, rakyat Sabah sudah bosan dengan penafian pegawai kerajaan terhadap jenayah yang dilakukan ke atas rakyat tempatan.

Teck Lee berkata, rakyat Sabah sebenarnya mahu kerajaan melakukan sesuatu yang konkrit mengenai rakyat asing yang berada di Sabah.

Kerajaan persekutuan juga sepatutnya bertanggungjawab kerana tanpa sebarang pemeriksaan ketat membenarkan orang asing yang berniat jahat memasuki negara ini, katanya sambil menambah mereka ini bukannya pelancong atau ahli perniagaan sebenar.

Katanya, kerajaan persekutuan tidak pernah menafikan secara rasmi mengenai pemberian Mykad (kewarganegaraan) kepada orang asing dari Pakistan yang baru memasuki Sabah menggunakan pasport.

Pemuda SAPP di Keningau dan Mudanita SAPP di Kota Marudu baru-baru ini telah membuat laporan polis mengenai kes-kes MyKad yang diberikan kepada orang asing ini, kata Teck Lee.

"Ada diantara mereka ini telah mendapat BR1M sebanyak RM500 tunai. Segala Informasi mengenai perkara ini ada di internet bagaimanapun pihak polis tidak ada sebarang komen. Tetapi bila perkhidmatan internet yang sama menyalurkan informasi mengenai kes Norikoh pihak polis mengancam rakyat Sabah pula," katanya.

Rakyat Sabah adalah penduduk yang paling aman dan harmoni di Malaysia, kata Teck Lee sambil menambah pihak polkis tidak perlu mengancam mereka dengan denda RM50,000 dan hukuman setahun penjara di bawah Akta itu.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party