Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2012 Oct 18 - SAPP mohon Dewan bahas usul skandal RM40 juta

SAPP mohon Dewan bahas usul skandal RM40 juta

KOTA KINABALU, 18 Okt 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan telah memohon Dewan Undangan Negeri Sabah membahaskan usul mengenai skandal penyeludupan wang haram RM40 juta di Hong Kong yang disumbangkan kepada UMNO Sabah.

Teck Chan berkata, usul itu perlu dibahas kerana melibatkan kepentingan awam serta memastikan bahawa tindakan undang-undang jenayah tidak harus memilih bulu.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga harus menjalankan tugas secara bebas tanpa tunduk kepada mana-mana tekanan khususnya dariapada pihak yang berkuasa dalam kerajaan.

Katanya, berdasarkan laporan media, seorang peniaga Sabah telah ditangkap di Lapangan Terbang Hong Kong beberapa tahun lalu kerana cuba menyeludup wang sebanyak lebih kurang RM40 juta(dalam mata wang Singapura $16 Juta) ke Malaysia.
Beliau berkata, beberapa laporan mengatakan bahawa wang tersebut melibatkan nama Ketua Menteri Sabah.

"Adalah menjadi satu kesalahan besar jika pihak kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan, lebih lebih lagi bersubahat terhadap penyeludupan wang dari luar negara masuk ke dalam negara, sedangkan ianya adalah satu kegiatan jenayah dibawah akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001(Akta 613).

"Maka adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan, mengapa perkara sedemikian dihalalkan dan tiada sebarang tindakan diambil terhadap penjenayah berkenaan," katanya yang juga Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP).

Katanya, rakyat Sabah khasnya dan rakyat Malaysia amnya perlu diberi penjelasan mengenai perkara seperti, siapakah pemilik wang berkenaan dan penerima wang RM40 juta itu dan adakah syarikat atau individu yang menyumbang wang berkenaan membayar cukai pendapatan kepada Jabatan Hasil Dalam Negeri.

Teck Chan berkata, rakyat juga perlu diberitahu mengapa penyeludupan wang boleh dihalalkan jika disumbangkan kepada parti Umno.

Katanya, persoalan mengapa Menteri Kewangan Malaysia yang juga Perdana Menteri Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penyeludupan wang haram ke dalam negara mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram2001(Akta 613) perlu dijelaskan.

Teck Chan seterusnya berkata, persoalan samada benar bahawa skandal wang haram ini diketahui oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno tetapi bersubahat menutup kes ini untuk membela Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Perhubungan Umno Sabah turut timbul.
Katanya, persoalan turut timbul bagaimana Umno Sabah dapat sumbangan wang sebanyak RM40 juta daripada seorang peniaga dan apakah hubungannya dengan Ketua Menteri Sabah dan Umno.
Beliau berkata, rakyat juga ingin tahu samada unsur rasuah dan penyeludupan wang haram itu telah ditutup oleh pihak SPRM atas arahan pucuk pimpinan kerajaan.

Katanya, umum mengsyaki bahawa skandal ini merupakan suatu skandal yang melibatkan para pemimpin Umno pusat dan Umno Sabah yang perlu disiasat oleh SPRM tanpa ragu-ragu dan tanpa sebarang ugutan daripada pihak kepimpinan negara.

SAPP dan beberapa NGO juga telah membuat laporan Polis terhadap skandal ini dan berharap pihak Polis dapat mengambil tindakan secara profesional.

Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah memberitahu Ahli Parlimen Batu, Tien Chua bahawa "berdasarkan laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah(SPRM) mendapati tiada elemen rasuah dapat dibuktikan, dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan UMNO Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri Sabah,"

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Menteri Kewangan dan Presiden UMNO pula berkata wang itu adalah sumbangan politik yang tidak menjadi kesalahan.

Permohonan Teck Chan itu telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah Bernard Dalinting.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party